Seorang suami tergamak memukul isterinya selepas mangsa melarangnya daripada bermain aplikasi TikTok. Ketua Polis Daerah Bojonggede, Robinson berkata, kejadian yang berlaku di Bogor sekitar pukul 8 malam waktu tempatan di rumah pasangan tersebut.
Berdasarkan keterangan anak perempuan pasangan itu yang hanya mahu dikenali sebagai, N, 11, perbalahan bermula apabila ibunya yang mesra disapa El melihat akaun TikTok bapanya, Adi Pratama. Melalui akaun TikTok tersebut, El mendapati Adi sering melihat akaun bekas kekasihnya yang sudah meninggal dunia. “Adi melihat akaun perempuan yang dikenali mangsa sebagai bekas kekasih suaminya, namun sudah meninggal dunia,” kata Robinson. Akibat cemburu, El melarang Adi menggunakan TikTok. Adi kemudian pulang ke rumah sekitar pukul 8 malam di mana dia segera menyerang isterinya.
“Dia memarahi isterinya kerana cemburu dengan wanita yang sudah mati, memukul dan mencengkam mangsa berulang kali selain menghantuk kepala mangsa pada dinding,” tambah Robinson. Setelah puas mendera isterinya, Adi segera melarikan diri dari rumah dan meninggalkan isterinya yang cedera. “Selepas dipukul, mangsa mengalami pening dan muntah. Sekitar pukul 9.30 malam, keluarga membawanya ke hospital dan dia disahkan meninggal dunia,” jelas Robinson. Sehari selepas kejadian, Adi ditahan polis di Daerah Cibinong. -CARI Sumber: mStar
|
Kentot_Wangi: Macam2 hal.. Move on je pokcik. Ex dah meninggal dunia kan....
ADVERTISEMENT