Baru kahwin tiga hari, seorang wanita tiba-tiba melarikan diri selepas mendapat tahu gaji suaminya. Kejadian yang berlaku di China itu menyaksikan wanita tersebut lari kerana tahu suaminya tidak akan mampu menampung keperluan mereka.
Difahamkan perkahwinan merke adalah melalui rancangan keluarga dan selepas didesak oleh ibu bapanya, wanita berkenaan berkahwin dengan lelaki tersebut. "Saya seorang pekerja bermusim di syarikat, gaji saya 1,800 yuan (sekitar RM1,170) sebulan," kata suaminya. Tak lama kemudian wanita berkenaan terus mengemas beg dan berkata dia akan pulang untuk melawat keluarga namun dia langsung tidak pernah kembali ke rumah suaminya sejak itu. Meskipun sudah dipujuk, dia tetap memberi alasan mahu tinggal di kampung namun sehingga kini wanita itu masih enggan kembali kepada suaminya. Sejak tiga tahun lalu, suaminya cuba menyelamatkan perkahwinan itu dan akan menghantar wang kepada wanita itu dengan harapan dia akan kembali kepadanya.
Walaupun gembira menerima wang kiriman suaminya, wanita tersebut bagaimanapun masih tidak berniat untuk pulang ke pangkuan suaminya. -CARI |
missyL replied at 25-10-2023 01:38 AM
Oh cina.
Igtkn msia haha
Sbb msia kt dlm borang ade kene tulis gaji hahahaha
ADVERTISEMENT