Seorang lelaki dari Kecamatan Bermani Ulu, Kabupaten Rejang Lebong, Provinsi Bengkulu, Indonesia melakukan gangguan seksual terhadap ibu mentua dan adik iparnya sendiri. Perbuatan jijik itu dilakukannya dipercayai kerana ketagih menonton video porno.
Sebelum ini, lelaki tersebut kantoi merakam video ketika ibu mentuanya sedang mandi. Perbuatan itu terbongkar setelah wanita berkenaan ternampak telefon pintar yang sedang merakamnya dari luar bilik air. Dia kemudian menjerit dari dalam bilik air, namun suspek sudah pun meninggalkan kawasan tersebut. Tidak menunggu lama, wanita itu segera mengadu tentang perkara itu kepada suaminya. Kisah ibu mertua tersebut membuatkan adik ipar suspek yang berusia sembilan tahun secara tiba-tiba menangis histeria. Kanak-kanak perempuan itu mengakui bahawa dirinya pernah menjadi tempat pemuas nafsu abang iparnya sebanyak dua kali iaitu pada Julai dan Ogos 2023.
Geram dengan perbuatan tersebut, keluarga berkenaan segera melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa. Suspek kemudian ditahan oleh Polis Bermani Ulu untuk siasatan lanjut. Ketika disoal siasat, suspek mengaku gemar menonton klip video pornografi dari Jepun dan mula menjadi ketagih dengan filem tersebut ketika isterinya hamil. — CARI Sumber: Majoriti
|
Samerosie replied at 24-10-2023 07:01 AM
Kalau tak indon, india. tu je dua tu berita pelik2 macam ni. Oh tak pun serambi mekah mesia.
ADVERTISEMENT