CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siap Siaga, Empat Ke Enam Siri Hujan Lebat Mulai Bulan Depan Hingga Februari 2024

23-10-2023 11:24 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3295| Komen: 40

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan empat hingga enam siri hujan lebat dijangka melanda negara bermula bulan depan hingga Februari 2024, yang berisiko menyebabkan banjir.


Keadaan itu dipengaruhi Monsun Timur Laut (MTL) yang melanda negara bermula bulan depan sebelum berakhir Mac 2024.

Gambar hiasan

"Di Kelantan, Terengganu dan Pahang, episod hujan lebat berlaku antara November hingga Disember 2023 manakala mulai Disember 2023 hingga Januari 2024, hujan lebat dijangka lebih tertumpu di Johor, Sabah dan Sarawak.

"Selain itu, hujan berterusan juga boleh berlaku di negeri sebelah pantai barat sekiranya luruan monsun kuat atau kewujudan sistem tekanan rendah di rantau negara," kata jabatan itu dalam laman web mereka.

MetMalaysia berkata, sepanjang tempoh ini, kebanyakan tempat dijangka mengalami jumlah hujan bulanan pada paras purata kecuali di beberapa kawasan di Sabah dan utara Semenanjung serta kawasan pedalaman yang turut dijangka menerima hujan sedikit pada bawah purata pada penghujung MTL.


"Semasa tempoh ini, negara akan menerima tiupan angin konsisten dari arah timur laut antara 10 hingga 20 kilometer per jam.

"Beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka berlaku terutama di negeri pantai timur Semenanjung dan barat Sarawak.

"Pada November dan Disember kebanyakan negeri di Semenanjung, Sabah dan Labuan dijangkakan menerima hujan pada paras purata kecuali sebahagian kawasan di Kudat, Sandakan dan Tawau yang dijangkakan menerima hujan sedikit bawah purata," katanya.

Katanya, keadaan El Nino juga sedang melanda dunia dan dijangka meningkatkan intensitinya bermula penghujung tahun ini sehingga awal tahun hadapan.

"Faktor pemanasan global yang sedang dihadapi dunia sejak akhir-akhir ini, menyebabkan kesan fenomena El Nino dijangka menjadi lebih ekstrem berbanding episod terdahulu dengan peningkatan suhu dan pengurangan jumlah taburan hujan di seluruh negara," katanya.

Untuk rekod, peningkatan lebih 60 peratus daripada purata jumlah

hujan jangka panjang dikategorikan Sangat Melebihi Purata diikuti Melebihi Purata (40 hingga 60 peratus) serta Sedikit Melebihi Purata (20 hingga 40 peratus).


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 23-10-2023 11:46 AM
Bagus lah hujan lebat. Boleh hilangkan jerebu milik indong keparat hanat badigol samdol
Quote Tinot7 23-10-2023 12:22 PM
Lebat yg berapa lebat tu? Sampai banjir ka?
Quote sayurmayur88 23-10-2023 12:22 PM
syukurlah hujan .......
kt tempat iolls panas sgt , mlm pon pnas.
Quote Thunderclouds 23-10-2023 12:38 PM
Sah banjir lettewww..
Brg bungkuih plestik siap² ler.
Kalo perlu letak tempat tggi, boh tempat tinggi.
Keep food supply.
Awai xkalut.
Bukan nnt buat konten sedey bancuh susu guna air bah.
Walau kawasan ko tu dh bpuluh kali banjir, tp hadap nk merentan bantuan lambat.
Quote wirazam 23-10-2023 12:56 PM
Thunderclouds replied at 23-10-2023 12:38 PM
Sah banjir lettewww..
Brg bungkuih plestik siap² ler.
Kalo perlu letak tempat tggi, boh tempat ti ...


Adoiii biskut cecah air bah..Ada gambaq tak
Quote zehra2 23-10-2023 01:00 PM
adoii.. dah ler spm cepat.. musim hujan lah pulak
Quote ninja boy 23-10-2023 04:11 PM
Apalagi ayuh tanam sayur yg subur waktu hujan
Quote kakikuDibibirmu 23-10-2023 04:32 PM
Pada suatu hari, hujan coklat mencurah-curah ke ladang gandum, poof! Jadilah Koko Krunch!
Quote ina_na 23-10-2023 04:56 PM
Alhamdulillah...nampak semut duk pindahkan Stok makanan deme..biarkan je la...mls nk kaco dah faham sgt Kalo semut pindahkan stok makanan..X lama lg musim hujan la
Quote kitaserupaaa 23-10-2023 04:57 PM
Satu siri tu berapa lama?
Quote honam 23-10-2023 05:13 PM
mayday mayday

lembah klang ujan lebat skang ni
Quote shernazz 23-10-2023 05:16 PM
Skang pung ngah hujan lebat...
Huk3...nak amek Anak iols kat daycare pung stuck Ni..
Quote shernazz 23-10-2023 05:17 PM
ina_na replied at 23-10-2023 04:56 PM
Alhamdulillah...nampak semut duk pindahkan Stok makanan deme..biarkan je la...mls nk kaco dah faham  ...


Kelas uols punya isyarat
Quote mejaputih 23-10-2023 05:31 PM
Tgh hujan lebat ni..semoga dipermudahkan urusan semua...
Quote ultra78 23-10-2023 05:53 PM
kakikuDibibirmu replied at 23-10-2023 04:32 PM
Pada suatu hari, hujan coklat mencurah-curah ke ladang gandum, poof! Jadilah Koko Krunch!{: ...

Banyak persenyawaan di musim hujan
Quote ina_na 23-10-2023 05:54 PM
shernazz replied at 23-10-2023 05:17 PM
Kelas uols punya isyarat

Petua org kg iolsss dl2..
Quote shernazz 23-10-2023 05:56 PM
ina_na replied at 23-10-2023 05:54 PM
Petua org kg iolsss dl2..

Oo ye ke
Iols kat rumah takde semut sangat..
Jadi tak.nampak.progress...
Quote cupu 23-10-2023 06:01 PM
Aku suka hujan...Tp kesian dkt org susah yg kerja kg.Banyak aktiviti kerja xdpt buat..Menoreh apa...Xleh buat kerja,xde duit. Xde duit xleh beli beras..Masih terbayang difikiran aku sorang pakcik tu bilang duit singgit singgit beli beras...pastu dia buat lawak ngan tuan kedai abis gaji hr ni beli beras 10kg. gaji esok beli benda lain plk...Strugglenya hidup orang susah skrg.
Quote ina_na 23-10-2023 06:05 PM
shernazz replied at 23-10-2023 05:56 PM
Oo ye ke
Iols kat rumah takde semut sangat..
Jadi tak.nampak.progress...

Dia org akan keluar sblm musim hujan..tp thn ni pindah tempat rendah je..thn lps tinggi btl dia org berpindah...ms tu dia org bt keje kat bahagian belakang. Dekat2 gan mesin basuh...buat je la pe yg patut..x ganggu urusan iolsss sudah...tp dia org x ganggu pulak rumah... X de pulak berjalan merayap2 dlm rumah...Tu yg x kisah sgt tu

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.053085 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top