Kuala Lumpur: Zoo Negara dilanda banjir kilat lebih satu jam bermula 5 petang semalam. Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana bagaimanapun berkata, banjir kilat pada petang semalam itu tidak seteruk seperti yang pernah berlaku sebelum ini dan semua haiwan berada dalam keadaan selamat.
"Kebetulan sewaktu kejadian, kakitangan kita belum balik lagi dan mereka berada dalam keadaan bersedia. "Semua haiwan kita juga berada dalam keadaan selamat kecuali seekor capybara terlepas keluar. Tetapi ia dapat diselamatkan dan dimasukkan balik (ke dalam kawasannya) oleh kakitangan kita. "Selain itu, dua panda juga selamat kerana berada di tempat yang tinggi," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Mengulas lanjut, Rosly berkata, kerja-kerja pembersihan akibat banjir kilat yang berlaku di Zoo Negara juga dijalankan pada malam tadi. "Zoo Negara sudah dibersihkan sehingga jam 11.30 malam. Saya berterima kasih kepada pihak bomba dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kerana membantu Zoo Negara. Tanpa mereka kerja-kerja pembersihan itu tidak akan siap," katanya. Beliau turut memaklumkan Zoo Negara dibuka pada hari ini dan ia beroperasi seperti biasa. Sumber: Harian Metro
|
limesherbet replied at 19-10-2023 12:29 PM
Alamak...plan nak gi zoo negara this week bawak anak partner i kenal² haiwan..hmm so akan tutup for ...
LostStar replied at 19-10-2023 11:29 AM
ini paling risau. dah la kawasan tu non stop pembangunan. rasa zoo negara dah x seswai kt situ. kne ...
ADVERTISEMENT