CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makan Ikan Patin Bau Busuk Macam Bangkai Di Temerloh- Tuan Kedai Buat Bodoh, Tak Nak Bagi Ganti Rugi

18-10-2023 01:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3857| Komen: 29

TEMERLOH – Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang meminta pengguna menyalurkan maklumat mengenai isu masakan ikan patin yang didakwa busuk kepada pihak berkuasa berkaitan termasuk penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan lanjut.


Pihaknya memandang serius isu berkenaan yang melibatkan kepentingan pengguna.

Gambar Hiasan

“Saya minta individu terbabit dapat memberikan maklumat termasuk nama kedai makan terlibat kepada pihak berkuasa termasuk KPDN.

“KPDN akan turun dan jika ia berkaitan kuasa Jabatan Kesihatan ia akan dilihat pihak berkenaan,”katanya di sini hari ini.

Siasatan terperinci perlu dilakukan bagi mengenalpasti punca ikan berkenaan busuk termasuk dari segi pembekal, penyimpanan dan sebagainya.

Sebelum ini kecoh apabila beberapa pelanggan menikmati ikan patin yang didakwa berbau busuk seperti bangkai dalam kejadian di sebuah kedai makan di sini baru-baru ini.


Lebih mengecewakan apabila aduan yang dibuat kepada peniaga kedai makan terbabit tidak diendahkan, malah ganti rugi juga tidak diberikan.

Pelanggan dikenali sebagai Hisham,45, berkata dia yang sering berulang alik ke Temerloh atas urusan kerja telah dua kali termakan masakan ikan patin berbau busuk.

Seorang lagi pelanggan dari Kuantan dikenali Ellies Ezailin berkata dia yang mengidam makan pais ikan patin di Temerloh juga amat terkilan apabila juadah yang dimakannya Ahad lalu berbau busuk. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 18-10-2023 01:30 PM
Bau busuk longkang ke? Ikan patin tu makan lumut kut.
Quote pearl.silver 18-10-2023 01:49 PM
Klu i gi kedai jual patin dan talapiA hidup kt sini, diorg xjual dah klu ikn tu mati dlm kolah dia. Mmg gerwnti kita dpt ikn fresh. Kira mcm langgart prinsip dia la jual ikn mati walaupun baru je mati dlm kolah dia. Kita lak tekebil2 tgk dia buang talapia mati tu.
Kedai mkn jual lauk patin busuk ni agknya beli ikn kt tf je.
Quote Thunderclouds 18-10-2023 02:05 PM
Ahh..nnt blk kg nk lencong tapau kancil raja patin lar
Quote Burong_Hantuk 18-10-2023 02:06 PM
Aku mmg x lalu nk mkn ikan patin....
Quote vespa_oren 18-10-2023 02:32 PM
banyak kedai ikan patin kt temerloh tu, tpi hri tu aku makan murtabak kt temerloh sedap pula, lagi sedap dari jersntut feri tu
Quote rospinki 18-10-2023 03:30 PM
urghh iols tk makan ikan kulit floles gini
ada bau hanyir2 biarlah aku makan dgn ikan kering dan kicap
Quote akuMNdia 18-10-2023 04:03 PM
ikan patin tempoyak kat Jaman Tory Kuantan lagi best.
akak aku yg tak berapa nak telan patin tempoyak pun selamba makan haritu kat Jaman Tory.
Quote juruterra 18-10-2023 04:19 PM
vespa_oren replied at 18-10-2023 02:32 PM
banyak kedai ikan patin kt temerloh tu, tpi hri tu aku makan murtabak kt temerloh sedap pula, lagi s ...

patin temerloh overrated, sedap lg patin jerantut hehehe
murtabak jerantut feri sedap makan bulan posa je kot
Quote iolss 18-10-2023 05:39 PM
kedai mn sedap mkn patin tempoyak kt temerloh.. i penah g stu kedai dlu biase2 je raso..mehh
Quote forselab 18-10-2023 05:50 PM
kedai mana ni..? ce citer...
Quote forselab 18-10-2023 05:53 PM
vespa_oren replied at 18-10-2023 02:32 PM
banyak kedai ikan patin kt temerloh tu, tpi hri tu aku makan murtabak kt temerloh sedap pula, lagi s ...

kt Temerloh ada murtabak sedap..? kedai apa tu..?
selalu beli / kirim murtabak Pekan je..
Quote kitmal 18-10-2023 05:59 PM
selalu makan kat kedai tepi sungai tu....dulu
Quote kotakbaju 18-10-2023 06:20 PM
Tak penah lagi makan ikan patin ni. Teringin nak try makan satu masa nanti.
Quote lasagnaklcc 18-10-2023 06:25 PM
Ikan tak fresh pon kita boleh rasa, lagi pulak ikan busuk. Tapi kenapa ye owner kedai tak layan komplen? Trick org nak mkn free ke?
Quote grouper 18-10-2023 06:38 PM
Ikan patin tempoyak kat rnr kenyir pun mantap rasanya..ikan patin sg perak yg liar pun setanding ngan patin liar sg pahang
Quote bottombikini 18-10-2023 06:40 PM
aku penah terbeli ikan patin bau busuk ni
tapi sbb kita beli kat KL, so aku syak hat ternak kolam la kot kan jadi bau lagu tu

kalo temerloh takkan kome menipu pelanggan beli yg ternak kolam juga kot
tapi claim patin liar/sangkar..yihhh
Quote Suchi 18-10-2023 06:45 PM
Apa nama kedainya?
Iols jarang mkn patin kat kedai, biasanya beli dan masak kat umah.

Quote vespa_oren 18-10-2023 09:53 PM
juruterra replied at 18-10-2023 04:19 PM
patin temerloh overrated, sedap lg patin jerantut hehehe
murtabak jerantut feri sedap makan bulan  ...

aku memang makan kuah ikan patin jersntut, biasa beli kt jersntut feri tu
Quote vespa_oren 18-10-2023 09:53 PM
forselab replied at 18-10-2023 05:53 PM
kt Temerloh ada murtabak sedap..? kedai apa tu..?
selalu beli / kirim murtabak Pekan je..

aku beli time bazae ramadan, tapi dia ckp ada cawangab kt pekan jersntut gak

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.078102 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top