CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Jauh Lebih Murah, Banyak Barangan Elektrik Jenama Tempatan Mirip SMEG

18-10-2023 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6746| Komen: 79

PETALING JAYA – Sebelum ini kecoh  apabila seorang pempengaruh menggunakan barangan elektrik jenama mewah, SMEG yang harganya mencecah ribuan ringgit.

Namun netizen turut mempersoalkan kemampuan individu tersebut kerana dia hanya tinggal di sebuah kediaman di projek perumahan rakyat (PPR).


Menerusi tinjauan di gedung jualan online, harga sebuah peti sejuk jenama SMEG adalah bermula sekitar RM15,000 sehingga lebih RM25,000 bergantung kepada jenis dan kapasitinya.

Foto: Kosmo

Selain itu, harga pembakar roti jenama itu juga bermula pada harga RM1,000 pengisar kopi RM1890, cerek air RM700 serta bekas pisau juga hampir RM300.

Malah, jika peti sejuk berkenaan mempunyai corak istimewa seperti retro dan kolaborasi dengan jenama fesyen mewah harganya boleh mencecah sehingga RM70,000.

Namun ada juga barangan tersebut yang mirip dengan jenama mewah itu adalah buatan tempatan seperti peti sejuk jenama Isonic yang berharga lingkungan RM2,000 dan cerek air hanya berharga bawah RM200.


Sebelum ini influencer Syamimia mendedahkan dia hanya menempah khas pembalut serta logo jenama mewah, SMEG semata-mata untuk dipasang pada peti ais di rumahnya.

Syamimia menerusi satu temu bual di sebuah program realiti baru-baru ini memaklumkan peti ais di rumahnya hanyalah sebuah jenama tempatan dan bukanlah berharga puluhan ribu ringgit seperti mana yang diperdebatkan netizen.

“Itu sebenarnya bukan peti ais SMEG, bila orang terlampau suka bercakap tentang kehidupan orang, buat spekulasi sebab itu saya ‘cool’ sahaja, itu bukan SMEG,” ujarnya.

Terdahulu, Syamimia menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial apabila menerima kecaman hebat netizen kerana menggunakan perabot serta barangan berjenama mewah walaupun menetap di sebuah flat PPR.

Keadaan tersebut dapat dilihat menerusi kandungan video memasak dan mengemas rumah yang dimuat naiknya di akaun TikTok. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 18-10-2023 10:42 AM
Dia ni siapa sebenarnya? Tiba-tiba muncul!
Quote cikatilia 18-10-2023 10:50 AM
still mahal berbanding peti ais biasa... sebab bentuk retro harga mahal berganda..
Quote Erotika 18-10-2023 10:56 AM
cikatilia replied at 18-10-2023 10:50 AM
still mahal berbanding peti ais biasa... sebab bentuk retro harga mahal berganda..

lupakannnnn   
Quote limesherbet 18-10-2023 11:00 AM
Edited by limesherbet at 18-10-2023 11:32 AM

Baru tau smeg ni 70k....bazir je that much for style
No wonder people flaunt it when they have

Quote swateng1 18-10-2023 11:17 AM
lantak dia laa nak pakai barang harga berapa ribu pun walaupun dok ppr.. rumah tu arwah mak dia yg beli n dia sambung bayar. usaha dia sendiri. bkn meminta kat hang pun netizen oi. sejenis busuk hati. org tak share isu palestine pun hang bitter. hang sendiri pun dok i stand with palestine, hujung2 romen dgn bf/gf dlm keta. herrrrrr
Quote kalchi 18-10-2023 11:26 AM
Brand ni kualiti dia mmg bagus ke? Sepadan dgn price tak
Quote akies 18-10-2023 11:31 AM
Pakai smeg la baru gah!
Baru ada class
Quote makita 18-10-2023 11:31 AM
Dulu meols nak beli peti ais n mesen basuh meols pi tanya kat kwn yg part time repair mesen basuh n peti ais. Meols tnya la mesen basuh dan peti apa yg tahan lama. Dia rekemen Toshiba.

Kalau duit terlebih2 byk sampai 7 keturunan tak boleh abes baru meols utamakan style hahaha asal rosak je leh beli baru....asal bosan je bagi up post kat fb bgtaw sapa2 nak peti ais seken meh dtg amek je.

Tapi tu la duit x byk so kene cari la brg yg leh guna lama.
Quote syamzana 18-10-2023 11:42 AM
laaahaiii x habis lg kisah petiais dia ni
itu laaa percaya sgt kat konten creator dah ramai kot terbukti ramai membongak je asal jadi konten.

apa pun beli la brg letrik 5* supaya jimat letrik...satgi pakai brand mahai2 bil letrik 200hengget pun merempan tak sudah
Quote ultra78 18-10-2023 11:45 AM
Peti ais sudah jadi isu semasa..
Quote cikatilia 18-10-2023 12:10 PM
Edited by cikatilia at 18-10-2023 12:20 PM

yolah.. kang tiba2 ada peti ais cikai level eye sore kat umah yg penuh nilai2 aesthetic nya tu khuenss...
walhal fridge sharp ke bagai sama aje function..





Quote cikatilia 18-10-2023 12:19 PM
limesherbet:    Edited by limesherbet at 18-10-2023 11:32 AM  Baru tau smeg ni 70k....bazir je that much for styleNo wonder people flaunt it when they have

kalau limited edition lagi lawa weh
ada flag british
ada versi dolce gabana..

boleh dpt sebijik kereta ya...70k-ish

Quote umbut 18-10-2023 12:25 PM
Mirip tapi kuality tak?? Aiii tetapp setia dengan panasonic jer.. semuaaaaa brg eletrik panasonic
Quote TomyamPuteh 18-10-2023 12:36 PM
Brand SEMEK tu tak pandai rosak dan buruk ke?
Quote Ahriman 18-10-2023 12:41 PM
Ingat SMEG ingat anzalna gituh.
Quote grouper 18-10-2023 12:41 PM
Apa kelebihan peti ais ni..benda yg disimpan lebih fresh ke apa....ke teknologi yg diguna sangat canggih sebab tu mahal?
Quote Thunderclouds 18-10-2023 12:48 PM
syamzana replied at 18-10-2023 11:42 AM
laaahaiii x habis lg kisah petiais dia ni
itu laaa percaya sgt kat konten creator dah ramai kot ...

Brasa smlm kaka yg mesyion brand copy ori iconik kaa..isotonik nma dia
Ada acik porom keja kosmo letteww
Quote syamzana 18-10-2023 12:50 PM
Thunderclouds replied at 18-10-2023 12:48 PM
Brasa smlm kaka yg mesyion brand copy ori iconik kaa..isotonik nma dia
Ada acik porom keja ko ...

itu lerrr...suke tau cedok info dari sini
Quote insulin 18-10-2023 12:50 PM
Kalau banyak duit, tak perlu la beli peti sejuk. Bina bilik sejuk terus. Lagi berbaloi. Kalau compressor kiok, tukar compressor je.

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.046724 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top