Seorang remaja lelaki disamun seorang individu bertopi keledar ketika di dalam sebuah lif kediaman pangsapuri dekat Johor Bahru, Johor pada Ahad. Difahamkan remaja terbabit didatangi dua individu yang meluru ke dalam lif berkenaan.
Namun, salah seorang daripadanya kemudiannya beredar dari situ dan meninggalkan rakannya untuk memulakan kegiatan jenayah tersebut. Remaja terbabit yang tidak menyedari akan muslihat kotor itu mula panik apabila dia dipercayai diarahkan untuk menyerahkan wang serta barangan berharta dimilikinya. Kejadian itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan tular di laman media sejak Selasa. Cubaan mangsa yang ingin melepaskan diri dan enggan akur kepada arahan itu mengundang padah apabila kolar bajunya dicekak oleh penyamun terbabit sebaik pintu lif terbuka.
|
ADVERTISEMENT