KUALA TERENGGANU: 10 sekeluarga terpaksa hidup berhimpit macam ikan sardin dalam tin di sebuah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Laut. Lebih menyedihkan apabila ketua keluarga, Amiruddin Mohd, 48, lumpuh sebelah badan selepas diserang angin ahmar sejak Januari 2022, sekali gus tidak mampu bekerja serta hilang punca pendapatan.
Amiruddin berkata, dia simpati melihat isterinya, Rohana Harun, 47, bekerja sendirian semata-mata untuk menampung perbelanjaan keluarga. "Isteri bekerja sebagai pelayan kedai makan dengan pendapatan RM20 sehari dan melalui pendapatan itu kami sekeluarga makan dan minum. "Empat daripada lapan anak masih bersekolah manakala tiga anak lelaki bekerja buruh binaan dan seorang anak perempuan tidak bekerja. "Anak lelaki yang bekerja hanya mampu menanggung keperluan diri masing-masing sahaja kerana pendapatan mereka tidak besar serta masih tinggal bersama keluarga," katanya kepada Berita Harian.
Amiruddin berkata, dia bekerja sebagai tukang rumah sebelum diserang angin ahmar dan sekarang hilang kemampuan untuk bekerja seperti biasa. "Masalah kewangan yang menghantui keluarga menyebabkan saya kerap meminjam wang daripada kenalan selain terpaksa makan ala kadar. "Nasi kosong berlauk telur goreng antara menu pilihan kami setiap kali tidak mempunyai wang untuk membeli bahan makanan lain," katanya. Dia sekeluarga hidup dalam kebimbangan berikutan rumah PPRT yang didiami sejak 30 tahun lalu kini semakin uzur dan akan runtuh. "Dinding rumah mengalami keretakan dan setiap kali hujan dan ribut berlaku ia seakan ingin runtuh dan menghempap kami sekeluarga. "Rumah PPRT itu terlalu uzur untuk didiami 10 orang dalam satu masa dan hanya menunggu masa untuk roboh," katanya. Amiruddin berharap keprihatinan semua pihak untuk membantu keluarganya yang dihimpit kesusahan. "Kami perlukan bantuan bulanan dan bantuan baik pulih rumah daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM)," katanya. -CARI Sumber: Berita Harian
|
kelapaparut replied at 17-10-2023 08:50 PM
beranak 8? ok..case closed, no comment.
bakingsoda replied at 17-10-2023 09:02 PM
yg ni aku boleh husnuzon lagi sbb kena strok, lagipon 3 anak lelaki dah kerja boleh la sara diri s ...
bakingsoda replied at 17-10-2023 09:02 PM
yg ni aku boleh husnuzon lagi sbb kena strok, lagipon 3 anak lelaki dah kerja boleh la sara diri s ...
Nurul8001 replied at 17-10-2023 09:11 PM
Yg ni, bapa bekerja. Tapi kena stroke. Kesiannya.
Tentang anak ramai tu, takut la pulak nak komen le ...
naina replied at 17-10-2023 08:17 PM
Mana lah ada lagi gaji kedai makan sehari rm20
Area kampung pun rm50
nw111: Anak ramai..tapi x bg education yg sepatut.. setakat kerja buruh...yg 4 org kecik tu pun silap2 nasib yg sama...Taktau nak cakap apa...
shernazz replied at 17-10-2023 01:01 PM
Iols hanya sekadar hurm 8 harkat...
zuriey replied at 17-10-2023 09:13 PM
Jantan melayu haprak kan selalu kata
Ank tu rezeki bt apa nak pancut luar dan guna perancang.nahhhhh ...
Nurul8001 replied at 17-10-2023 09:11 PM
Yg ni, bapa bekerja. Tapi kena stroke. Kesiannya.
Tentang anak ramai tu, takut la pulak nak komen le ...
ADVERTISEMENT