PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini memerintahkan bekas pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di Terengganu dan empat pihak lain untuk membayar ganti rugi kepada seorang pelajar mangsa buli.
Dalam kejadian lapan tahun lalu itu, mangsa yang berusia 14 tahun telah hilang pendengaran. Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar Abang Hashim yang turut bersidang bersama-sama Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil. Dalam prosiding secara dalam talian itu panel-panel memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan akhir pelajar itu selaku perayu selain mendapati sembilan pihak berkenaan bertanggungjawab dan cuai ke atas mangsa selaku plaintif (kini berusia 22 tahun).
Untuk rekod kejadian pukul, buli dan serangan itu berlaku di bilik ketua pengawas sebuah sekolah di Terengganu, pada 26 April 2015 lalu. Mereka ialah pelajar tingkatan lima sebagai defendan pertama hingga kelima (kini berumur 25 tahun), penolong kanan hal ehwal murid (PKHEM) (keenam), pengetua (ketujuh), Ketua Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (kelapan) dan Kerajaan Malaysia (kesembilan). Pada 29 September 2019, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mendapati, semua defendan bertanggungjawab atas kecederaan itu dan membenarkan semua tuntutan gantirugi termasuk gantirugi am kecederaan, khas dan teladan sebanyak RM616,634.20. Bagaimanapun, pada 20 Mei 2021, Mahkamah Rayuan sebulat suara mengenetepikan keseluruhan keputusan itu dan memutuskan plaintif gagal membuktikan liabiliti lima defendan itu telah memukul, membuli dan menyerangnya. Panel hakim Mahkamah Rayuan ketika itu juga berpendapat menetapkan bahawa defendan keenam dan ketujuh termasuk warden dan pengetua tidak cuai dalam menjalankan tugas terhadap pelajar. Dalam prosiding semalam, plaintif diwakili peguam, Wan Azliana Wan Adnan dan Hisyam Yusof. Sementara itu, Wan Azliana yang juga Ketua Penggerakan Penggubalan Akta Anti Buli berkata, kes ini merupakan kemenangan untuk anak guamnya termasuk semua mangsa kejadian buli di seluruh Malaysia. “Saya berharap keputusan kes ini dapat dijadikan pengajaran dan bertindak sebagai ‘deterrent’ bagi kes-kes buli yang lain.” katanya. – CARI Sumber: Kosmo
|
hudalarva replied at 17-10-2023 03:16 PM
sampai hilang deria tu... RM10juta pun belum tentu dpt ganti nikmat pendengaran... may Allah ease th ...
prettyuglybabe replied at 17-10-2023 03:20 PM
yang 4 pihak gomen tu ok lagi la ada cover insurance kalau kena saman rasanya..
yang bekas pelajar m ...
hudalarva replied at 17-10-2023 03:16 PM
sampai hilang deria tu... RM10juta pun belum tentu dpt ganti nikmat pendengaran... may Allah ease th ...
fazamania replied at 17-10-2023 03:11 PM
Ada ke duit nak bayar tu?
hudalarva replied at 17-10-2023 03:16 PM
sampai hilang deria tu... RM10juta pun belum tentu dpt ganti nikmat pendengaran... may Allah ease th ...
Decaffeinated replied at 17-10-2023 03:44 PM
tong2 9 orang. ada kot
mizruncing replied at 17-10-2023 03:43 PM
ya Allah kesiannyaaaa. padan muka pembuli. sampai pekak org tu kau buat. walaupon duit tak boleh gan ...
ADVERTISEMENT