Kuala Lumpur: Setiausaha Agong MHO, Datuk Hishamuddin Hashim mengesahkan seorang rakyat Malaysia maut dalam tahanan imigresen Myanmar selepas berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia di negara berkenaan.
Hishamudin berkata, mangsa yang berusia 28 tahun itu meninggal dunia kelmarin di Pusat Imigresen Tachileik di Myanmar. "Mangsa berasal dari Kuantan, Pahang sudah beristeri dan mempunyai dua orang anak. "Sebelum ini mangsa menghubungi MHO dan meminta bantuan untuk diselamatkan. Selepas aduan diterima, wakil MHO di Myanmar membantu dan menyelamatkan mangsa di tempat dia ditahan. "Dia kemudian dibawa ke Pejabat Imigresen Myanmar untuk urusan dokumentasi," katanya ketika dihubungi, hari ini. Menurutnya, malangnya MHO menerima maklumat mangsa yang diselamatkan itu sudah meninggal dunia. "Punca kematian tidak diketahui secara rasmi. Tetapi dimaklumkan kerana serangan jantung.
"Pihak MHO merujuk kepada keluarga mangsa dan mereka memaklumkan mangsa tidak ada rekod sakit jantung," katanya. Sumber: Harian Metro |
kepompong replied at 16-10-2023 11:05 PM
kalau macam ni kebumi kat mana
supernaturalee replied at 17-10-2023 09:11 AM
bkn ada kes yg aslnya offer keje kt spore
lps tu kumpul di johor ke phg mcm tu
dr situ yg scam tu bw ...
shernazz replied at 17-10-2023 09:19 AM
Yes..
Depa Cuba buat iklan dgn gajinyang tinggi..
Bidang it contohnya
supernaturalee replied at 17-10-2023 09:26 AM
tu lah
bnyk kes dh pun
penaya org je scam2 ni
ADVERTISEMENT