PETALING JAYA – Seorang wanita menginfaqkan seutas rantai emas demi membantu saudara seagama di Palestin yang menjadi mangsa perang dan penindasan kini oleh tentera Zionis.
Perkara itu didedahkan oleh pendakwah bebas, Ustazah Asmak Husin semasa menghadari satu program cakna Palestin di Kelantan. “MashaAllah semalam cakna palestin bertempat di Kelantan telah menerima infaq berupa seutas rantai dari muslimat Kelantan. “Ya Allah saya pun rasa tertampar. alangkah baiknya kalau dapat menurut jejak langkahnya,”tulis Asmak di laman Facebooknya hari ini. Asmak berkata, kejadian seperti itu juga pernah beberapa kali dialaminya sewaktu mengadakan program di negeri terbabit.
“Pengalaman saya di Kelantan, memang ada wanita yang suka infaq emas apabila melibatkan sumbangan penting. “Bersedekah tidak terhad kepada mereka yang berharta, sebaliknya orang Islam yang tidak memiliki harta pun boleh bersedekah mengikut kemampuannya asalkan lahir daripada hati yang ikhlas. “Ayuh mengejar ganjaran hari ini dengan menyumbang kepada Tabung Kecemasan Palestin,”katanya.-CARI Sumber: Kosmo
|
Skuau replied at 16-10-2023 07:56 PM
sapa ngata orng klate miskin ni??? cakap,cakap,cakap.......
ADVERTISEMENT