CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ayam Seketul, Telur Dadar Dan Teh RM9,- Mahal Sangat, Pensyarah Sayu Pelajar Catu Makan Sehari Sekali

16-10-2023 03:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6921| Komen: 168

PETALING JAYA – Seorang pensyarah meluahkan rasa sayu mengenangkan nasib pelajarnya yang terpaksa ikat perut, makan sekali sehari disebabkan harga makanan yang terlalu mahal.

Di TikTok @ir.abdulrahmanbahasa, perkara tersebut merupakan satu realiti yang terpaksa ditanggung para pelajar zaman sekarang.


“Sebelum ini, saya sempat bersembang dengan seorang pensyarah. Menurutnya, terlalu ramai pelajar tidak mampu untuk membeli sarapan dan terpaksa makan sehari sekali.

“Apabila saya melawat kawasan cafe dalam kampus, saya terkejut apabila melihat harga seketul ayam, satu keping telur dadar dan secawan teh ais boleh mencapai RM9,” katanya dalam hantaran sama.




Tambah pensyarah tersebut, selepas dikira-kira, seorang pelajar perlukan sekurang-kurangnya RM270 untuk sekali makan selama sebulan.

“Sekarang saya faham kenapa ramai pelajar tidak bersarapan. Ini baru kos makan, belum lagi kira kos-kos lain,” ujarnya.


Di ruangan komen, ramai pelajar mengakui sedang menghadapi masalah sama dan terpaksa ikat perut kerana itu adalah satu-satunya cara untuk mereka menjimatkan wang.

“Tidak sarapan, makan tengah hari pula lewat petang. Malam pun tak makan. Esok ulang benda sama,” kata Swjd.

“Begitulah hidup seorang pelajar, sehari makan sekali sahaja. Cuba tahan sampai petang esok. Duit hendak guna bayar tambang bas pergi balik lagi,” kata Syrah.

“Macam mana pelajar nak hidup. Makan pun terpaksa catu. Kalau beli barang basah, ayam kena potong kecil-kecil. Belum lagi bayar rumah sewa, bil dan keperluan harian,” kata Noname.

“Saya selalu beri duit belanja RM500 pada anak untuk makan sahaja. Saya tidak pasti cukup atau tidak untuk tiga kali makan. Saya selalu tanya anak, duit cukup tak? Tapi dia selalu jawab cukup walaupun kadang-kadang terpaksa makan sekali sehari,” luah Irma. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Clan204 16-10-2023 03:28 PM
sabar la sikit sampai isu tandas sekolah selesai. nnt boleh la menteri ekonomi usulkan pada pmx utk atasi masalah harga makanan mahal kat Uni lak.
Quote orkid_amani 16-10-2023 03:34 PM
Skg kafe kolej & u tak buat dah ka menu rm5 tu? Zaman aii kat uitm dulu rm5 makan sedap & kenyang. Portion pun banyak..lauk satu..sayur sesenduk & telur dadar
Quote krustykrab 16-10-2023 03:37 PM
Beli telur. Bangun pagi buat telur separuh masak 2 bijik. Lunch cuba bawak air masak, boleh la dari tak de kan. Mlm pun buat 2 biji telur.
Quote noor2 16-10-2023 03:40 PM
Kat uitm masih murah..anak aku kata kos sekali mkn RM5 x termasuk air la..untuk lunch..kat kafe dia tu....aku pun bnyk kali tanya betul ke ni
Quote Buritan 16-10-2023 03:41 PM
Aku dulu rebus telo.. kat kolej ade kettle dlm bilik iron baju..  pas tuu pi cafe  aku amik nasi dgn sayur.. nasi dgn sayur time tuu rm1..
so mmg jimat byk.. hahaha .

Ramai pndang akuu.. eii tak de duit ke.. so lps kena pandang mcm tuu aku bungkus mkn dlm bilik.. nak buat cmn.. aku anak org susah..
Quote venom1 16-10-2023 03:45 PM
krustykrab replied at 16-10-2023 03:37 PM
Beli telur. Bangun pagi buat telur separuh masak 2 bijik. Lunch cuba bawak air masak, boleh la dari  ...

Telur pun sekarang ni segan2 je nak ada kat rak pasaraya
Quote imanda 16-10-2023 03:45 PM
kalo dah tau xde duit amik satu lauk sudahla, lauk ayam je atau telur je.. ni mkn nk bejenis2 mmg laa mahal... kalo hari2 mkn ns bujang pon dah ok dah, ada nasi telur sup timun.
Quote venom1 16-10-2023 03:46 PM
eh bukan ramai ke student U lepak dan minum McD, Zus Coffee, Starbucks, pakai Iphone 13 Pro Max 1 TB?
Quote helicornia 16-10-2023 03:48 PM
Edited by helicornia at 16-10-2023 03:49 PM

pensyarah ni anak org senang ke
dari dulu la student makan bercatu
takde nak sedih2 pun
oh ye la zaman dulu tkde media sosial nak share bagi org lain sebak
zaman aku ada je student hari2 makan roti canai sbb tu paling murahsepupu aku belajar kt UM hari2 ikat perut, maklum la zaman dulu peneroka tak senang mcm sekarang
now nak pencen dah sepupu aku tu
Quote B40tastePosh 16-10-2023 03:48 PM
Buat la partime kalau tahu tak cukup keperluan tu.

Kat USA dan Aussie pelajar universiti buat partime..ko ingat kat sana pendidikan free? EU je yang provide pendidikan free.
Quote B40tastePosh 16-10-2023 03:50 PM
Edited by B40tastePosh at 16-10-2023 03:51 PM

Aku ingat lagi Ben Bradshaw yang pandai cakap Bahasa Melayu tu , masa belajar kat Universiti...dia buat partime jadi promoter jual mangkuk jamban dan bathtub.

Sekarang katanya dah keje dgn Kedutaan USA di Malaysia.

Melayu majoriti hidup harapkan simpati sebab dah terbiasa hidup dengan dasar affirmatif.
Quote pokokmeranti 16-10-2023 03:55 PM
Zaman I dulu, makan dua kali je. tgh hari ayam goreng + kuah kari dan sayur. malam nasi lemak. begitulah hiduplah dari sehari ke sehari. itulah sbb kurus kot sepanjang zaman belajar. tiada pilihan.

belum lagi tgk pagi roti canai, tgh hari nasi bujang dan malam biskut kering.

ini realiti dari dulu kan...
Quote mejaputih 16-10-2023 03:56 PM
helicornia replied at 16-10-2023 03:48 PM
pensyarah ni anak org senang ke
dari dulu la student makan bercatu
takde nak sedih2 pun

Aah iols dulu pun makan nasi berlauk sekali je sehari..air lak air kosong masak sendiri dalam bilik.. pagi makan roti gardenia, mlm pun roti gardenia...cuma time exam iols beli juga nasi utk dinner sbb perut lapar tak lut mkn roti je..
Quote noor2 16-10-2023 03:58 PM
Buritan replied at 16-10-2023 03:41 PM
Aku dulu rebus telo.. kat kolej ade kettle dlm bilik iron baju..  pas tuu pi cafe  aku amik nasi dgn ...

Terbaik ko.sis Buritan...jenis tahu cemana nk manage kewangan sendiri..bukan jenis meratap kat socmed mintak bantuan mcm org2 sekarang...aku mmg anti org yg suka meratap kuat drama mintak tolong org..

Quote Buritan 16-10-2023 03:59 PM
B40tastePosh:  Edited by B40tastePosh at 16- ...


Yep betul hang ckp.. kalo takde duit kejelaa.. keje kfc ke mcd ke.. plg senang buat servis cucu taik kucing pun selambak dpt duit.. anak aku cuti sekolah buat servis tuu.. itu yg senang dan itu kerja yg org plg tak nak buat . Pi cuci taik kucing rumah org have have.. mintak dua puluh hinggit.. dia bayo rm30.. kayoo anak aku .
Quote krustykrab 16-10-2023 04:00 PM
venom1 replied at 16-10-2023 03:45 PM
Telur pun sekarang ni segan2 je nak ada kat rak pasaraya

Kat area iols soping ni dah ok dah stok telor. Semua grade dah ada..rege je la tak turun
Quote B40tastePosh 16-10-2023 04:01 PM
Edited by B40tastePosh at 16-10-2023 04:23 PM
mejaputih replied at 16-10-2023 03:56 PM
Aah iols dulu pun makan nasi berlauk sekali je sehari..air lak air kosong masak sendiri dalam bili ...


Samalah zaman UiTM dulu makan  sehari sekali..beli ayam madu seketul dgn sayur kerabu kat Seksyen 9 shah alam..beli juga walaupun kedai tu selalu kena saman dgn KKM sebab kotor.
Quote fair_iza 16-10-2023 04:02 PM
Knp ada teh ais? Kalau org yg bekerja ikat perut pun, minum air masak je. Duit tu boleh beli roti buat breakfast.
Kt uni aku, cafe wajib sediakn menu rahmah utk lunch. Rm3.50-5 utk 1 sajian. Rsnya ipta lain ada jg.
Quote Thunderclouds 16-10-2023 04:08 PM
Toksah la mkn lauk bjenis².
Amik protein 1 cukop.
Sayoq xpayah.
Boh kuah (kot cas lebih xpyh,nnt blk tuang kicap kalo tapau)
Air bwk sendri siap².
Bangsa mkn nk ikot tembolok mmg sampai kiamat la bising mahal.
Lg senang mkn set.
Ns ayam,ns sup et cetera.
Sampai skarang pn aku praktik menda yg sama bila holiday.
Beli mkn yg dh fixed rega so ujung² xmeroyan.
Ns campoq ni kalo hidup bcatu elak la mkn selalu.

Lihat semua komen(168)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.234432 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top