CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerana Cinta, Lelaki 22 Tahun Kahwin Majikan 38 Tahun

13-10-2023 04:57 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 16074| Komen: 23

Beijing: Seorang lelaki berusia 22 tahun di China dikritik orang ramai selepas memutuskan untuk berkahwin dengan wanita berusia 38 tahun, disebabkan perbezaan usia mereka. 

Laman berita Thaiger melaporkan, lelaki itu pernah meninggalkan rumah untuk mengelak dipaksa kahwin oleh ibu bapanya, namun dia mengubah fikiran dalam tempoh setahun.



Pelayan bar itu mengejutkan ibu bapanya selepas membawa pulang calon menantu yang merupakan majikannya. Ibu dan bapanya menyangka wanita itu adalah bakal ibu mentua anak lelaki mereka.

Apabila diberitahu wanita itu adalah calon menantu, ibu bapanya marah dan menentang sekeras-kerasnya hubungan mereka.

Lelaki itu kemudian berkata: “Saya tidak akan berkahwin melainkan pengantin perempuan adalah dia.”

Ibu bapa lelaki itu akhirnya terpaksa akur dan pasangan itu akhirnya berkahwin. 

Bagaimanapun, perkahwinan mereka menimbulkan kecaman sehingga lelaki itu terpaksa menjelaskan bahawa dia mengahwini majikannya atas dasar cinta.


“Hubungan kami ditentukan oleh takdir, bukan kekerasan seperti  yang diperkatakan semua orang,” jelas lelaki itu. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 13-10-2023 05:17 PM
38 tahun..?
Quote darkness 13-10-2023 05:35 PM
Omg...mcm bukan38
Quote mejaputih 13-10-2023 05:39 PM
mcm acik 50 tahun..
Quote Supersirap 13-10-2023 05:51 PM
Ok lah tu
Quote anony-mous 13-10-2023 06:22 PM
Lebih kurang umur cheta kahwin zain ke ek? Tp cheta cun melecun body letops
Quote ladybugz 13-10-2023 07:13 PM
mcmana ye penerimaan society? adakah kena kecam ? kalau kat malaysia mmg dipandang serong kan?
Quote wirazam 13-10-2023 07:23 PM
mejaputih replied at 13-10-2023 05:39 PM
mcm acik 50 tahun..

Pompuan mmg cepat nampak Tua....itu yg budak2 pompuan umur dlm 20-21 mengelintis nak kawin cepat2...adoiii
Quote jari10 13-10-2023 07:43 PM
Aiyaaaaa umur 38 tahun atau beza 38 tahun?
Quote TomyamPuteh 13-10-2023 08:29 PM
Kalau umo 38 boleh je nk dpt anak sorang dua.
Quote nw111 13-10-2023 08:57 PM
Biasa la beza umur byk tu..kt msia acik 60an kawin bdk 20an
Quote nw111 13-10-2023 09:01 PM
wirazam replied at 13-10-2023 07:23 PM
Pompuan mmg cepat nampak Tua....itu yg budak2 pompuan umur dlm 20-21 mengelintis nak kawin cepat2. ...

I beg to differ..i tgk kwn2 uni i....yg laki sorang2 muka punya tua teruk... dressing mcm org tua..ada le kot 3,4 org maintain...padahal kami belum 50 lagi...yg ladies mostly mmg maintain...x nmpk tua..mcm i pun org selalu ingat umur i 30an... padahal dh late 40s
Quote Tinot7 13-10-2023 09:31 PM
nw111 replied at 13-10-2023 09:01 PM
I beg to differ..i tgk kwn2 uni i....yg laki sorang2 muka punya tua teruk... dressing mcm org tua. ...

Iols harap rupa iols kekal muda sampai bila2..
Quote nw111 13-10-2023 09:43 PM
Tinot7 replied at 13-10-2023 09:31 PM
Iols harap rupa iols kekal muda sampai bila2..

Kena jaga makan = jaga badan.. automatically x nmpk tua..
Quote mejaputih 14-10-2023 07:38 AM
nw111 replied at 13-10-2023 09:01 PM
I beg to differ..i tgk kwn2 uni i....yg laki sorang2 muka punya tua teruk... dressing mcm org tua. ...

Itu la yg laki dgn botaknya perut buncitnya...yg pompuan kalau pandai jaga badan dan exercise selalu akan nampak muda dari umur ..tp kalau negara yg ada kelembapan rendah pompuan cpt nmpk tua sbb kulit hilang moist.
Quote Tinot7 14-10-2023 08:29 AM
nw111 replied at 13-10-2023 09:43 PM
Kena jaga makan = jaga badan.. automatically x nmpk tua..

Poreber filter la mcm ni..
Quote jazaa100 14-10-2023 08:39 AM
anony-mous replied at 13-10-2023 06:22 PM
Lebih kurang umur cheta kahwin zain ke ek? Tp cheta cun melecun body letops

Bkn che ta masa tu dah 40an ke.....

Pastu umor dia berenti kat 42thn...
Quote jazaa100 14-10-2023 08:42 AM
Perantin pompuan tu punnnn.....

Kau byk duit....pi lah grooming.....
Kat china mcm² produk ada....atau kau bela babi tapi jgn mkn....tetiap hari kejor babi masuk kandang
Quote sekngucing 14-10-2023 09:10 AM
anony-mous replied at 13-10-2023 06:22 PM
Lebih kurang umur cheta kahwin zain ke ek? Tp cheta cun melecun body letops

che dan zain beza 10 tahun..che ta 39 zain 29 masa kawin
kes dlm thread ni beza 16 tahun...
Quote nakkomenjugak 14-10-2023 03:18 PM
pucuk nya terlalu muda tapi lantak
sheol yang happy


Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.111299 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top