PETALING JAYA – Bekalan air kembali pulih sepenuhnya selepas beberapa kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan sumber penting tersebut. Ia berlaku ekoran pencemaran yang berlaku di Sungai Langat pada Selasa lalu.
Air Selangor memaklumkan bekalan air kembali seperti biasa pada pukul 6 pagi tadi, selepas kerja-kerja penambahbaikan, penyelenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Langat selesai dilakukan. “Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini,” katanya dalam satu kenyataan. Menurut Air Selangor, para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual daripada semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/. –CARI
Sumber: Kosmo
|
ally9970 replied at 13-10-2023 11:11 AM
Tdrima kasih jer ke? Bagilah rebate ke...
Skuau replied at 13-10-2023 11:46 AM
Sabar vs pasrah & redha jer...
mejaputih replied at 13-10-2023 06:33 AM
lama ke dorg takde air?
TabletSusu replied at 13-10-2023 02:51 PM
10-12/10 aritu
rumah aku 10hb siang msih ada air. petang dah start guna air tangki rumah. 11hb air ...
Apoo replied at 13-10-2023 03:11 PM
Patutnya buat mcm kat kelantan. Terus pakai pili bomba.
Samerosie replied at 13-10-2023 07:27 AM
Kalau ada sungai kat belakang Lotus/Tesco kat effected areas in Selangor tu, pandai2 la terjun ye. ...
mejaputih replied at 13-10-2023 02:33 PM
lama ke dorg takde air?
miszclassique replied at 13-10-2023 05:00 PM
Kentut la 10-12hb.. Tempat i dari 5hb dah on off air, pressure low sangat, tingkat bawah je ada air ...
mejaputih replied at 13-10-2023 05:12 PM
uik lain macam tempat chuols...
ADVERTISEMENT