LONDON – Sebuah restoran mewah di London menyajikan pai ayam unik di mana kepala ayam diletakkan pada bahagian atas hidangan tersebut. Metro UK melaporkan, menu dinamakan Le Grand Coq Pie itu dijual dengan berharga £22 (RM128) di Restoran Fowl.
Menu itu kemudiannya menerima pelbagai reaksi daripada pelanggan dengan ada yang memuji kreativiti cef serta sebilangan lagi menganggap ia menjijikkan. Hidangan eksotik tersebut dicipta sebagai usaha untuk mengurangkan sisa makanan dan menggunakan setiap bahagian haiwan. Menurut Cef Will Murray, pai itu mengetengahkan konsep ‘daripada kepala hingga kaki’ yang menggunakan setiap bahagian ayam termasuk bahagian yang biasanya dibuang. “Bagi kami, petani telah bekerja keras untuk memelihara ayam yang cantik, jadi kami perlu menggunakan setiap bahagiannya,” kata Murray. – CARI
Sumber: Kosmo
|
syamzana replied at 13-10-2023 02:24 PM
mslhnya korang makan ke kepala ayam tu?
kalau ms mkn tu letak tepi ujung2 masuk tongsampah jugak la ...
syamzana: mslhnya korang makan ke kepala ...
ADVERTISEMENT