CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Warga Asing Ditahan Cuba Ceroboh Masuk Kereta

12-10-2023 08:27 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1022| Komen: 5

Kuala Lumpur: Lelaki warga asing yang ditangkap orang ramai ketika cuba menceroboh masuk sebuah kereta di tepi Jalan AU 3/7, Taman Keramat di sini, malam tadi didapati tinggal di negara ini melebihi tempoh dibenarkan.


Difahamkan, suspek cuba masuk ke dalam sebuah kereta, namun pemandu wanita bernasib baik kerana mengunci pintu kenderaannya.

Lelaki warga asing yang ditangkap orang ramai ketika cuba menceroboh masuk sebuah kereta di tepi Jalan AU 3/7, Taman Keramat, Kuala Lumpur, malam tadi. NSTP/Ihsan video tular

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam, kira-kira jam 8.40 malam.

"Anggota polis yang hadir ke lokasi membuat pemeriksaan pada tubuh badan mendapati tiada barang salah.


"Semakan dokumen pengenalan diri mendapati suspek tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, siasatan juga mendapati pemilik kenderaan terbabit enggan mengambil tindakan lanjut atas dakwaan cubaan menceroboh keretanya.

"Pihak polis membuat tangkapan semula suspek yang berumur 35 tahun dan semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ujian air kencing adalah negatif.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal lebih masa yang membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Dalam pada itu, tular satu rakaman video menunjukkan suspek sedang dikawal beberapa orang awam dan anggota polis dipercayai tidak jauh dari tempat kejadian.

Perakam mendakwa suspek cuba melarikan diri selepas tindakannya cuba menceroboh sebuah kereta dipandu seorang wanita disedari sebelum dikejar dan ditangkap orang awam.


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 13-10-2023 09:01 AM
Bangsa apa tu? EE takutnya nasib baik pompuan tu pandai kunci kereta
Quote shamsadis 13-10-2023 11:02 AM
Katanya, siasatan juga mendapati pemilik kenderaan terbabit enggan mengambil tindakan lanjut atas dakwaan cubaan menceroboh keretanya.


malas nak komen, esok lusa kena lagi, padan muka


Quote jfq 13-10-2023 11:06 AM
Takkan denda dan penjara aje kot
Lepas tu kena handover to immi for deportation
Quote Skuau 13-10-2023 11:09 AM
Edited by Skuau at 13-10-2023 11:11 AM

kami akan mengambil 15k lagi warga asing untuk mengisi PELBAGAI 'JAWATAN KOSONG'(merogol,mencabul,membunuh,menceroboh,meludah,berniaga dan banyak lagi)yg ada di Msia.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.042320 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top