CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadis Hilang Kedua Belah Kaki & Tangan Kiri Digilis Kereta Api Selepas Ditolak ‘Stalker’

12-10-2023 06:55 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1478| Komen: 8

India: Seorang gadis berusia 16 tahun di Uttar Pradesh, India kehilangan kedua-dua kaki dan tangan kirinya serta mengalami patah tulang selepas dia ditolak ke arah kereta api yang sedang bergerak.

Menerusi laporan Indian Express, mangsa ditolak oleh dua orang lelaki yang mengekorinya sejak dua bulan lalu.



Menurut Polis Bareilly, pada awalnya mereka menyangka kejadian tersebut adalah cubaan membunuh diri akibat putus berikutan hubungan cinta.


Bagaimanapun, pada pagi Rabu, bapa saudara mangsa, yang merupakan seorang peguam bela, telah membuat laporan polis dan menamakan dua suspek dari kampung dimana mangsa tinggal.


"Laporan diterima dan pengadu menamakan dua suspek di kampung sama kerana menolak anak saudaranya ke landasan kereta api. Kami sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersedia untuk memastikan mangsa diekori suspek," kata pihak polis.


Mangsa ada memberitahu keluarganya mengenai dirinya diekori dan juga telah membuat laporan polis sejak sebulan lalu, namun, tiada tindakan diambil.


"Dia telah memberitahu kami tentang diekori mereka berdua dalam perjalanan dan kami juga telah membuat aduan kepada balai polis kawasan sebulan lalu tetapi tiada tindakan diambil," kata keluarga mangsa.


Mangsa dimasukkan ke sebuah hospital swasta di mana dia menjalani pembedahan yang panjang sehingga awal pagi Rabu dan menurut pihak hospital keadaan mangsa agak serius.


Sementara itu, Ketua Menteri Uttar Pradesh Yogi Adityanath, meluluskan pampasan sebanyak 500,000 rupee (RM28,426) kepada keluarga gadis itu dan mengarahkan supaya rawatan perubatan yang sewajarnya diberikan kepada mangsa.


Selain itu, tiga orang pegawai polis telah digantung kerja kerana berlaku kecuaian sewaktu bekerja.


Sumber: Oh Bulan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 13-10-2023 10:22 AM
tgk gambar train pon dah tau negara mana
Quote dani-rox 13-10-2023 03:46 PM
women are the real gender violence victims since the dawn of time

bukannya jantan perverts pakai dress dan mekap pefeeling mangsa 24/7
Quote darkness 13-10-2023 04:16 PM
Bs betul dr sebukan lepas kena buat laporan xda tindakan apa2. Teruk betul polis india ni
Quote A-Are 13-10-2023 04:18 PM
sikitnya pampasan dia minx berbanding kecederaan yg diterima
Quote Jitu 13-10-2023 05:45 PM
jahat betul bangsa keling ni
Quote Supersirap 13-10-2023 05:47 PM
Semoga sipelaku dapat diberkas
Quote 3chanceno 13-10-2023 11:02 PM
Speechless baca berita nie. Kesian mangsa & panjang umurnya walaupun dah dilanggar oleh kereta api.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.040195 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top