CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Mana-Mana Anggota Polis Hidup Kurang Mampu Tapi Mewah Akan Disiasat"

12-10-2023 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3849| Komen: 26

GEORGE TOWN – Kesemua jawatan yang ada dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) adalah sensitif.

Ini kerana mana-mana anggota atau pegawai boleh menyalahgunakan kuasa serta terlibat dalam kegiatan rasuah.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, beliau sendiri ketika dilantik ke jawatan berkenaan telah mengarahkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard(JIPS) untuk menyiasat mana-mana pegawai atau anggota polis yang mampu hidup dalam keadaan mewah berbanding dengan kemampuan kewangan mereka.

Foto: Kosmo

“Ada cakap CID (Jabatan Siasatan Jenayah) satu jawatan sensitif dalam PDRM, pada saya semua jawatan sensitif kerana mana-mana manusia yang jadi polis dan mempunyai kuasa dia boleh salah gunakan kuasa, serta boleh terlibat dalam rasuah.

“Saya sendiri telah arahkan JIPS cuma saya tidak isytiharkan sahaja apabila telah menjadi KPN untuk melihat perkara ini, mana-mana (pegawai dan anggota) yang hidup dalam keadaan yang dia tidak mampu tetapi dia mewah hidupnya kita akan siasat,” katanya dalam sidang akhbar di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 1 di sini, hari ini.


Terdahulu, beliau merasmikan sambutan peringatan Hari Polis Marin ke-76 di Dataran Kawad markas berkenaan.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, kepimpinan tertinggi PDRM tidak akan berkompromi serta tidak akan membantu mana-mana pegawai yang terlibat dengan salah guna kuasa, rasuah termasuk juga tatakelola yang salah.

Tambah beliau, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain yang memberi amaran kepada pegawai dan anggota hidup mewah kerana bersubahat dengan sindiket jenayah adalah berpaksikan kepada fokus beliau dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Sementara itu, katanya, PDRM akan membetulkan secara dalaman kekurangan yang ada pada agensi berkenaan bagi mengembalikan integriti dan kepercayaan rakyat kepada polis. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ally9970 12-10-2023 04:29 PM
Yelah.... rasanya hampir semua KPN bercakap dlm nada yg sama...
Quote mejaputih 12-10-2023 04:43 PM
yg thread sebelah isteri curi 2 jam rolex tu xnak siasat sekali? padahal muda lagi...
Quote MissYouSayang 12-10-2023 04:45 PM
Baik ko siasat si azam belen tu dulu,
Quote babelina 12-10-2023 04:46 PM
hmmmm... ye la tu.. ketua2 pn 2x5
Quote airfilterkotor 12-10-2023 04:47 PM
Ye, aku dah siap letak rege 2 utas jam rolex tersebut utk dianalisa oleh warga porem.
Quote mejaputih 12-10-2023 04:59 PM
airfilterkotor replied at 12-10-2023 04:47 PM
Ye, aku dah siap letak rege 2 utas jam rolex tersebut utk dianalisa oleh warga porem.

oh baru iols perasan post chuols...kalau pangkat DSP tinggi tak?
Quote FOTHER-MUCKER 12-10-2023 04:59 PM
Hehehe….betul ke?

Lewat Tahun 90an dahulu saya jual kereta satu pasangan suami isteri bekerja JPJ dan suami polis biasa beli cash kereta saya beharga rm70k.
Quote airfilterkotor 12-10-2023 05:10 PM
mejaputih replied at 12-10-2023 04:59 PM
oh baru iols perasan post chuols...kalau pangkat DSP tinggi tak?

Tidak pasti pula berapa gaji.
Quote ifanonline 12-10-2023 05:13 PM
anak2 polis ramai tak menjadi
Quote ifanonline 12-10-2023 05:15 PM
sejak dulu sehingga kini, bangsa melayu memilih menjadi askar dan polis kerana boleh songlap wang sebab diberi sedikit kuasa...

PDRM perlu keras dgn kakitangan mereka, buang kerja sekiranya didapati bersalah, gantung gaji sekiranya dlm siasatan
Quote sharlenetexas 12-10-2023 05:16 PM
99% kot?

Quote pokokmeranti 12-10-2023 05:16 PM
ifanonline replied at 12-10-2023 05:13 PM
anak2 polis ramai tak menjadi

sperma lemah atau terlebih makan duit haram?
Quote Firenzza 12-10-2023 05:23 PM
MissYouSayang replied at 12-10-2023 04:45 PM
Baik ko siasat si azam belen tu dulu,

Teringat lapiji nak carik azzam belen sampai lubang cacing lps menang pru....yg tragisnya tb3suku siap interbiu azzam dpn pasar borong, kesian kwn tu gigil2 jwb pertanyaan reporter
Quote MissYouSayang 12-10-2023 05:40 PM
Firenzza replied at 12-10-2023 05:23 PM
Teringat lapiji nak carik azzam belen sampai lubang cacing lps menang pru....yg tragisnya tb3suku  ...

Sejak dari tu, aku mula dah x percaya dgn sperm ni serupa jadi alat politaik madanon dibuatnyeh
Quote hyie 12-10-2023 05:56 PM
dari bawah sampai atas, sama je la staf gomen ni pon kebanyakannya. Kalau bab claim tu, confirm2 mintak ejas resit, tak gitu noks? tokla dok mengata yang atas2 tu...korang pon 2x5 je nyah...acik2 porem yang keje gomen mesti biasa buat ejas resit ni kan? tak gitu? ko pon 2x5 sial macam diorang ni jugak
Quote pengecatbintang 12-10-2023 06:14 PM
x kan berjaya kempen banteras resuah ni..

sbb

rekyat pon sokong pemimpin resuah n sakau

so, x kan ler rekyat x sokong staf agensi gov resuah n sakau jugak

rekyat mcm ni hipokrit n munapik


Quote manopBKK 12-10-2023 09:50 PM
baru nak siasat laaaaa
Quote FOTHER-MUCKER 13-10-2023 11:13 AM
Tau takut polis ni

[fbvlink]https://fb.watch/nErLfv84JI/[/fbvlink]
Quote babelina 16-10-2023 10:50 AM
alaaa.. JSJ pnnnn.. ko xyh la open ckp mcmtu.. sampai viral.. mcm kn korg jer yg mkn rasuah.. ko settel antara korg memasing sudah la.. nk nama baik kt masyarakat ko buat kenyataan mcm nie.. apoooo.. nie nama nya wat malu company..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.061589 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top