PETALING JAYA – Seorang usahawan dan isterinya berdepan dengan kejadian mistik apabila muncul segumpal rambut dalam laksa yang direbus untuk dijual. Mereka memasak laksa yang baharu kali kedua abgi memastikan ia bukan kesilapan ketika menyediakan bahan tersebut, namun kejadian sama turut menimpa.
Menerusi TikToK Syed.fatin.jaeden.haifa, kedua-dua mereka kelihatan amat kecewa kerana dipercayai kejadian tersebut berlaku susulan hasad dengki pihak tertentu. “Hari ni cadang niaga laksa sebab ramai rindu nak makan laksa kami. Kami tak kuat dah. Kami tinggalkan mi laksa kejap ja sebab sebab solekkan isteri sambil tunggu laksa masak. “Alih-alih ni jadinya. Dua kali rebus tetap sama, mimpi ke apa ni? Terima kasih kepada yang buat kami macam ni,” tulisnya pada kapsyen video. Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai, malah ada yang turut berkongsi kejadian serupa.
“Pernah terjadi kepada diri sendiri. Masak kuah laksa malam sebab esok nak niaga. Bangun pagi nak panaskan, buka tudung periuk ulat penuh,” kongsi Zuraidahzuraidah. “Sama. Kami pun kena, baru masak terus berbuih. Pelik sebab kuah laksa adalah kuah yang susah nak basi, lagi panaskan, lagi sedap,” komen seorang lagi pengguna. “Dulu saya buat pau kukus, mula menguli tak ada gumpulan rambut, kali kedua ada rambut. Saya terus sakit 2 petang ke bawah sampai subuh saya tak larat bangun,” cerita Annur. Dalam masa sama, ada juga yang mencadangkan supaya pasangan tersebut membawa gumpalan rambut itu ke makmal bagi menjalani proses pengecaman dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA). “Bawa pergi makmal, buat ujian DNA,” cadang @Daisy_jasmine. – CARI Sumber: Kosmo
|
shernazz: Iols pernah mengalami rambut b ...
shernazz: Muka pompuan tu MCM.pelik...MCM buzz lightyear tapi dagu terlebih panjang...
cikatilia replied at 9-10-2023 11:19 AM
muka laki dia lagi aneh2 weh
NazRysha: boleh caya ke mangkuk 2 ekor n ...
shernazz replied at 9-10-2023 10:55 AM
Muka pompuan tu MCM.pelik...
MCM buzz lightyear tapi dagu terlebih panjang...
bottombikini replied at 9-10-2023 06:11 PM
dia ni sape? femes ke
kemain mekap bulu mate sampai 8 tingkat
Kitty_catz replied at 9-10-2023 06:20 PM
alah kapel berkerak yg tiap2 tahun kata spend ratus2 ribu jahit baju utk bini melaram 30 hari tuuu ...
bottombikini replied at 9-10-2023 06:23 PM
ohhh heshe kewwww..ingat sapo tadi
iols teringat kaka angkat penah cite
ADVERTISEMENT