CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Vietnam Maut Jatuh Bangunan

8-10-2023 05:09 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1507| Komen: 13

Melaka: Seorang wanita warga Vietnam maut dipercayai akibat terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Jalan Syed Abdul Aziz, Banda Hilir, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mayat Nguyen Thi Hong Loan, 26, ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap di dalam longkang berhampiran tempat letak kereta kondominium itu pada jam 12.15 malam.



"Rakan serumah si mati yang juga wanita warga Vietnam berusia 28 tahun memaklumkan sebelum kejadian, mereka sempat makan bersama pada jam 10.30 malam.

"Selepas makan, saksi pergi mencuci pinggan di dapur sebelum mendapati rakannya itu tiada di ruang tamu dan menyangka dia sudah tidur di dalam bilik sebelum dikejutkan dengan bunyi siren ambulans di bawah kondominium.

"Siasatan lanjut mendapati si mati yang baru tiga bulan tinggal di kondominium itu pernah mengadu dia berasa tertekan kerana bapanya di kampung selalu menelefonnya meminta duit sebanyak RM20,000 untuk tujuan yang tidak dapat dipastikan," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Christopher berkata, si mati dikatakan kerap gelisah serta kemurungan kerana tidak mempunyai duit selepas beberapa bulan tidak bekerja semasa tinggal di Seremban.

"Siasatan forensik di lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah dan mayat dibawa ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat," katanya yang memaklumkan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slavehunter 8-10-2023 05:31 PM
Takziah. Alahai kesian nye bapa nye pula penambah stress.
Quote kakikuDibibirmu 8-10-2023 05:32 PM
Terjatuh tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada ter memang tak apa
Quote monreyes 8-10-2023 05:54 PM
patut la ramai pilih jadi anak ayam...
Quote Buritan 8-10-2023 07:02 PM
slavehunter: Takziah. Alahai kesian nye bap ...


Sian kann.. duk merantau ke sini ingat nak cari duit lebih.. bpk ingat anak tuu kaya bebeno laa tuu dah dtg mesia ni..
Quote Supersirap 8-10-2023 07:07 PM
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Quote Belibis 8-10-2023 08:25 PM
Kalau mati..pakat2 kesian...kalau hidup,bersepah menyemak kat bumi melesia,korang nyumpah2 pulak..apa yang nak sebenarnya..?[em:3:]
Quote Buritan 8-10-2023 09:16 PM
Belibis: Kalau mati..pakat2 kesian...ka ...


Mmg aku nyumpah.. tp aku suke dia balik hidup aman dokek vietnam tuu.. mcm bangla rohingya tuu mmg nyampah.. tp harap depa dpt penghidupan yg aman.. semua manusia nak hidup amam tenang tenteram
Quote AbukRokok 8-10-2023 09:33 PM
mesti pecah pala
Quote AbukRokok 8-10-2023 09:34 PM
freelancer ke atau anak ayam
Quote AbukRokok 8-10-2023 09:35 PM
Buritan replied at 8-10-2023 07:02 PM
Sian kann.. duk merantau ke sini ingat nak cari duit lebih.. bpk ingat anak tuu kaya bebeno laa tu ...

tapi bukan ke vietnam semakin maju berkat comolot dgn uncle sam

Quote sayurmayur88 9-10-2023 07:48 AM
parents toksik, yg anak pulak dah lemah semangat, stress lg, maunya bunuh diri. takziah
Quote A-Are 9-10-2023 08:01 AM
semakin ramai mengalami depresi

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.083152 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top