CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Sempat Buat Panggilan Video Minta Tolong, Hilang Lepas COD Iphone

6-10-2023 05:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17709| Komen: 78

PETALING JAYA – Seorang lelaki dilaporkan hilang sejak 3 Oktober lepas selepas membuat COD iPhone kepada seorang pelanggan.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Daniel Haikal, 27, itu dikatakan sempat menghubungi tunangnya melalui panggilan video dalam keadaan cemas sambil menangis meminta tolong.


Berdasarkan log aktiviti, lokasi terakhir Muhammad Daniel adalah di Pulau Pinang dan dia sepatutnya pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur selepas selesai COD pada tarikh tersebut.

Foto: IG

Menerusi perkongsian oleh ibu saudaranya yang dikenali sebagai Eyraswan Ramadhan di Instagram semalam, wanita itu meminta bantuan orang ramai untuk mengesan keberadaan anak saudaranya.

“Anak buah saya, Daniel sudah hilang sejak beberapa hari lalu selepas pergi COD iPhone dengan pelanggan yang tidak dikenali.

“Dia sempat ‘video call’ dengan tunangnya dan meminta tolong untuk diselamatkan. Dalam masa sama dia menangis dan berlari untuk mencari jalan keluar dari tempat tersebut (tidak dinyatakan).


“Tetapi ‘video call’ terputus sebab bateri telefon habis. Dia tak sempat beritahu di mana lokasinya,” katanya.


Bercerita lanjut, setakat semalam, pihak keluarga masih belum menerima sebarang maklumat terbaharu berkaitan Muhammad Daniel meskipun laporan polis telah dibuat.

“Semoga Allah permudahkan urusan anakku, Muhammad Daniel Haikal. Semua tempat mama cari abang, tak jumpa. Semoga abang cepat balik.

“Ya Allah ya Tuhan, lindungilah anakku. Jauhkanlah dia dari benda-benda yang tak baik,” luahnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 6-10-2023 05:10 PM
Beraninya cod brg rega ribu riban
Quote _blackbird 6-10-2023 05:14 PM
Bukan ke location map iphone very precise. Lama bebenor polis nak dptkan lokasi terakhir tu sampai la ni tak jumpa. Lagi 1 instead of ko call tunang ko nangis2 baik ko call 112 dari iphone ko tu ermmm
Quote fefeeling 6-10-2023 05:15 PM
Edited by fefeeling at 6-10-2023 05:18 PM

First time jual brg ke dik? COD pun biasanya buat in public area.. adik aku jual helmet 5ribu dia suruh org yg nak beli tu set meeting point tengah2 antara dia and buyer, pastu selalunya adik aku request kt tempat yg ada atm cam stesen minyak ke, luar bank ke.. in case org tu nak klepet online banking takleh ke apa, nah tudia dipersilakan pakai atm buat transfer now now haha.. dia sendiri beli motor cash 20k pun suruh owner dtg jmp kat bank, adik aku buat cash deposit depan mata so nampak betul transaction berjaya.. kalau aku free aku follow takat barang ratus2.. if puluh ribu cam motor tu memang bwk few family members gak.. yaa sambil jamin keselamatan, sambil kepochi seisi keluarga
Quote FOTHER-MUCKER 6-10-2023 05:17 PM
Jauh sampai ke PP untuk cod phone.
Quote noor2 6-10-2023 05:20 PM
Ya Allah kesiannya budak ni...Malaysia dah jd mcm Mexico , Vietnam
Quote prettyuglybabe 6-10-2023 05:20 PM
jangan ada plot twist sudah..
Quote nw111 6-10-2023 05:23 PM
Mcm drama pulak..moga adik ni ditemui dlm keadaan selamat..
Quote hareeeesah 6-10-2023 05:31 PM
Nama mak sedara dia org mana tu? Ahlong cari? Smuggle apa-apa ke?
Quote lattehazelnut 6-10-2023 05:36 PM
Badan besar camtu call tunang utk selamatkan..
knp xcall adik beradik lelaki, or kawan dsb..
Agak fishy..
Quote Thunderclouds 6-10-2023 05:50 PM
Jgn ada plot twist udahhh..
Quote seri_mawr 6-10-2023 06:08 PM
harap2 x jadi apa2 yang x patutnya.....

jgn ko buat2 call tunang sudah...sbb x mo kawen dah ada org lain...
Quote tumpanglalu74 6-10-2023 06:19 PM
seri_mawr replied at 6-10-2023 06:08 PM
harap2 x jadi apa2 yang x patutnya.....

jgn ko buat2 call tunang sudah...sbb x mo kawen dah ada org ...

Yang korang merepek meraban ni kenape??
Quote she 6-10-2023 06:31 PM
Jauhnya dia cod sampai ke Penang
Macam tak logik jua

Selalu kalau cod
Dekat2 aje

Bau ikan paus betoiiij
Quote zuriey 6-10-2023 07:05 PM
Aku mls nak kesian dulu
Nnti satu malaysia kena prank
Quote Sazreena 6-10-2023 07:10 PM
Jadahnya gigih sampai ke sana..
Quote anony-mous 6-10-2023 07:25 PM
_blackbird replied at 6-10-2023 05:14 PM
Bukan ke location map iphone very precise. Lama bebenor polis nak dptkan lokasi terakhir tu sampai l ...

Bkn, dia patut buat live fb kutuk kerabat selatan ke, bangnon ke dgn kata2 kesat. Mesti lebih mudah dijumpai n cpt
Quote anony-mous 6-10-2023 07:27 PM
hareeeesah replied at 6-10-2023 05:31 PM
Nama mak sedara dia org mana tu? Ahlong cari? Smuggle apa-apa ke?

Ramai betul pendatang indon caprut kan. Triggered betul
Quote syamzana 6-10-2023 07:42 PM
dari kolumpo smpai ke penang cod???
hrp dijumpai dlm keadaan selamat
Quote darkness 6-10-2023 07:57 PM
Semoga dipermudahkan urusan

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.065983 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top