CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Go Shop Henti Operasi "Terima Kasih Pernah Gembirakan Arwah Atuk, Mak Saya"

6-10-2023 02:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7901| Komen: 44

PETALING JAYA –Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) menghentikan operasi Astro GS Shop Sdn Bhd (AGSS) yang mengendalikan perniagaan beli-belah di rumah di bawah jenama ‘Go Shop’ bermula 11 Oktober ini.


Seorang pekerja Astro Go Shop menerusi satu hantaran di TikTok @lilydianaloly, memaklumkan dia tidak menyangka bakal melalui situasi sebegini dan perlu mencari rezeki di tempat lain.



“Percaturan Allah itu tak pernah salah kan. Bukan tak menerima tapi terkejut. Didn’t expect the notice will be this short (tak sangka notis akan jadi begitu pendek).

“Terbaca macam-macam komen negatif daripada netizen dan ada yang menyakitkan. Lets just pray for each other (Mari berdoa untuk satu sama lain),” katanya.



Meskipun menerima pelbagai kecaman, namun masih ada yang menghargai kewujudan Go Shop apabila dianggap telah berjasa menggembirakan hati ramai pihak.

Di ruangan komen TikTok wanita itu, ramai yang berkongsikan momen terindah ketika mereka membeli barangan di Go Shop.

“Teringat mak telefon aku waktu Subuh, macam kecemasan sangat. Rupanya suruh beli barang kat Go Shop. Sekarang mak dah tak ada, Go Shop pun dah tak ada. Terima kasih kerana bahagiakan mak saya,” kata @emaksiparipari.

“Astro Go Shop banyak gembirakan arwah atok saya. Dia ‘bed ridden’ memang seharian hobi tengok Go Shop,” kongsi @mydearplanner.

“Sedihnya, mak abah suka beli barang Go Shop. Dari pinggan mangkuk sampai ke kerusi urut. Katil tilam apa bagai. Mereka tak pandai beli ‘online’,” kata @the.ness.

“Arwah mak rajin beli melalui Go Shop. Kadang-kadang tersenyum teringat gelagat mak bila barang sampai depan pintu. Rindu mak,” luah @niktravel.

Terdahulu, Astro dalam satu kenyataan berkata, langkah menghentikan operasi itu telah diputuskan bersama rakan usaha sama dari Korea, GS Retail Co Ltd (GSR) berikutan landskap ekonomi keseluruhan yang mencabar dan perubahan dalam tingkah laku membeli-belah pengguna. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 6-10-2023 03:02 PM
baguslah weyhh..jimat skit duit aku kalau x mak aku asyik nak tambah koleksi telekung je..
Quote ayukpingu 6-10-2023 03:06 PM
sempat beli set periuk kat go shop.
Quote technotrends 6-10-2023 04:04 PM
Established in 2004 with a vision of providing technology based Security solutions to both domestic and commercial customers, the enterprise is positively progressing towards its objectives, justifiable through continuous additions to its product and customer lines.
Quote Samerosie 6-10-2023 04:27 PM
Alhamdulillah syukur tutup.  Mak aku membazir beli ntah apa2 periuk periuk sebab percaya boleh masak sihat la bagai kalau guna periuk tu semua padahal mak aku mana de masak sangat, kalau goreng mengoreng pun guna kuali aluminium je.  Lepas tu bird's nest yg ntah apa2 konon2 untuk kesihatan berkotak2.
Quote hayrin86 6-10-2023 04:36 PM
Samerosie replied at 6-10-2023 04:27 PM
Alhamdulillah syukur tutup.  Mak aku membazir beli ntah apa2 periuk periuk sebab percaya boleh masak ...

Aku pula, taknah langsung beli kat saluran Go Shop dan seumpamanya..

Quote daim_toblerone 6-10-2023 04:56 PM
go shop ni pghantaran mmg pantas..tapi rege cekik darah jugak bila buat perbandingan
Quote Samerosie 6-10-2023 04:57 PM
hayrin86 replied at 6-10-2023 04:36 PM
Aku pula, taknah langsung beli kat saluran Go Shop dan seumpamanya..

Eh tak payah chuols brand ntah apa2 dr china ke mana jual kat go shop up price.  Mak aku mmg dok tengok go shop ka wow shop ka semua shop2 ni tapi reti nak mengorder. kalau dia suruh anak2 kena bebel dia umpan sepupu aku, satu untuk kau satu untuk aku.  Haritu adik aku tarbiahkan sepupu berkotak2 birds nest dok bawah meja makan konon nak sorok tak kasi nampak.  Semua tak buka lago dah berbulan2.
Quote mojarean_X 6-10-2023 07:49 PM
Sedihnya...semoga dipermudahkan. Pd umur2 begitu dan pd keadaan ekonomi skrg mmg mencabar mencari kerja baharu
Quote doubleharmonic 6-10-2023 08:26 PM
padan muka ko babi
Quote doubleharmonic 6-10-2023 08:27 PM
selayaknyalah kan dah keja asik menindas customer orang nak terminate pon payah yihhhh dasar asterok babi
Quote kakikuDibibirmu 6-10-2023 08:30 PM
selayaknyalah kan dah keja asik menindas customer orang nak terminate pon payah yihhhh dasar asterok noreen
Quote Tinot7 6-10-2023 08:34 PM
Nasib baik mak iols tak tgk go shop ka apa.. soping online pun tak reti..
Quote batu kikir 6-10-2023 09:36 PM
Jangan bimbang
PMX terkurang intelek nak.naikkan gaji dan pencen staf Gomen supaya staf Gomen.hidup senang lenang dikala rakyat lain nak makan pun susah. Syabas.
Quote Thunderclouds 6-10-2023 09:46 PM
Ah kesian..byk komitmen tu kampeni tutup pulak.
Short notice lak tu
Iols xleh imagine kusutnya dlm kepala depa² ni.
Byk kot bapak aku mintak order brg² gosop.
Dh la dorg xanto kt alamat felda,kne pakai alamat aku patu kna ulang alik blk kg
Sabo je la
Quote hayrin86 7-10-2023 09:41 AM
Tinot7 replied at 6-10-2023 08:34 PM
Nasib baik mak iols tak tgk go shop ka apa.. soping online pun tak reti..

Aku pun serupa juga, taknah beli-belah dalam talian langsung..

Quote kepompong 7-10-2023 09:42 AM
Samerosie replied at 6-10-2023 04:27 PM
Alhamdulillah syukur tutup.  Mak aku membazir beli ntah apa2 periuk periuk sebab percaya boleh masak ...

so tajuk tu tepat ke tidak gembirakan mak saya , atuk saya
Quote Samerosie 7-10-2023 10:09 AM
kepompong replied at 7-10-2023 09:42 AM
so tajuk tu tepat ke tidak  gembirakan mak saya , atuk saya

Haha betul.mengembirakan mak saya tepat sekali.

Disclaimer;  Di belakang kegembiraan ada tangisan ... anak2 yg kena layan mak yg hoarder.
Quote grouper 7-10-2023 10:21 AM
Org tua je suka beli benda kat tv ni.  Dulu mmg masyuk xde apps. Skang org boleh compare mcm2 apps. Tapi seller tetap kena buat live jual barang gak...
Quote naisyahmh 7-10-2023 10:44 AM
Samerosie replied at 6-10-2023 04:27 PM
Alhamdulillah syukur tutup.  Mak aku membazir beli ntah apa2 periuk periuk sebab percaya boleh masak ...

Aku pulak beli kinohimitsu collagen tu.. 3 kotak..  1kotak berapa sachet tah..  Sekotak pun x habis lg..  Nk minum takut tumbuh fibroid.. Baru operate buang fibroid 2020 hari tu.. Nk tempek kat muka x rajin pulak..  Tah nk buat apa..
Masa beli x tau pulak collagen boleh galakkan pertumbuhan fibroid..

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.200117 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top