CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Najwa Latiff Suka Pakai Baju Besar- Orang Asyik Ucap Tahniah, Selalu Salah Anggap Ingat Dah Hamil

29-9-2023 09:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2299| Komen: 0

Berkahwin pada November tahun lalu, Najwa Latif selau sangat ditanya tentang zuriat.

Namun katanya dia tak kecil hati sebaliknya sentiasa positif dan menganggap setiap ucapan yang diterima sebagai satu doa.


Foto: IG

"Saya tidak pernah marah kalau orang mesej saya berkenaan mengandung... sebab apa yang mak dan suami kata, itu adalah doa.

"Jadi, kalau ada rezeki, ada. Saya dan suami tiada rancang apa-apa untuk anak, kami menerima seadanya," katanya kepada mStar.

Pada Khamis, penyanyi lagu Muka Buka itu ada memuat naik satu hantaran di Instastory memperlihatkan dia berpimpin tangan bersama suaminya iaitu Akwa Arifin.


Foto: IG


Najwa yang mengenakan baju serba hitam bersaiz besar itu kelihatan seperti sedang hamil.

Najwa bagaimanapun menafikan tanggapan peminat mengenai kehamilan dengan meletakkan kapsyen #justthetwoofus #notthree #janganbukebukeplis

Kata Najwa, dia lebih gemar mengenakan pakaian bersaiz besar yang mungkin menjadi sebab ada pihak menganggap dirinya sedang mengandung.


Foto: IG

"Kadang-kadang bila saya muat naik gambar, orang asyik bertanya adakah saya sedang mengandung tapi buat masa ini saya belum mempunyai rezeki untuk mengandung," ujarnya.

Dia kini sedang memberikan fokus sepenuhnya untuk menyiapkan penyelidikan untuk ijazah kedoktoran (PhD) yang kini memasuki tahun kedua.

"Saya kini lebih banyak fokus untuk siapkan tulisan (proposal). Dan setelah siap proposal, saya akan kembali bekerja seperti sebelumnya," ujarnya.


Sebelum ini, Najwa beberapa kali menafikan dia sedang hamil selepas mendapat ucapan tahniah daripada peminat melalui laman Instagram.

Jelasnya, badannya kelihatan besar disebabkan tubuhnya sedikit berisi selepas mendirikan rumah tangga.


Spekulasi kehamilannya mula tersebar selepas tular video dia sedang membuat persembahan dan memperlihatkan seakan-akan mempunyai baby bump.

Untuk rekod, Najwa mendirikan rumah tangga dengan Akwa dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di kampung halamannya, Batu Pahat, Johor pada 11 November tahun lalu. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.022924 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top