Melalui Instagram Story pelakon, Puteri Sarah, dia mendedahkan mesej peribadi seorang individu bersama menantu pelakon veteran, Kazar iaitu Wiwie Darvienda Mazweena yang masih ‘berbunyi’ biarpun sudah disaman. Difahamkan mesej itu diterima olehnya daripada seorang individu yang menunjukkan Wiwie mendakwa Sarah bermanja dengan lelaki lain semasa melakukan live dalam waktu Idah. Tidak berdiam diri dengan dakwaan terbabit, aktres itu membalas semula dakwaan tersebut dengan berkata wanita itu terlalu sibuk hal orang lain. Bahkan, sempat menasihati Wiwie untuk sediakan wang yang banyak kerana perlu membayar saman.
Sebelum ini, Puteri Sarah telah pun menyaman menantu Kazar kerana biarpun pelakon terbabit sudah pun menarik saman terhadap keluarga Ira Kazar, Wiwie sebagai menantu pelakon veteran itu masih perkatakan isu percerai bersama bekas suami, Syamsul Yusof. Sumber: Beautifulnara
|
ADVERTISEMENT