Pelakon, Sweet Qismina tidak mengambil hati sekiranya ada segelintir individu yang menganggap dirinya sedang hamil dan bertanyakan usia kandungan. Menerusi laporan Gempak, pasangan Sweet dan suaminya, Adam Lee belum dikurniakan zuriat namun tetap menganggap pertanyaan itu adalah doa untuk mereka.
"Kalau orang tanya, 'dah berapa bulan'... ini perut buncit je. Saya jujur, saya takkan terasa sebab pada saya, apa yang orang cakap adalah doa untuk saya. "Kita tak boleh nak marah mereka sebab mereka pun tak tahu betul ke tak betul. Tapi, apa yang mereka cakap itu menggembirakan saya sebab itu adalah doa mereka. "Saya akan cakap, 'belum lagi, doakan untuk saya'. Sebab, dalam 10 ribu orang itu, siapa sangka salah seorang itu doanya akan diangkat," kata Sweet dalam satu temu bual. Untuk rekod, Sweet mendirikan rumah tangga dengan Adam pada 24 Oktober lalu.
Sebelum ini, penampilan Sweet memperlihatkan keadaan perutnya seakan-akan 'baby bump' ketika menghadiri sebuah majlis. Sumber: Gempak
|
ADVERTISEMENT