Disebabkan ramai yang kutuk program All Stars Gegar Vaganza (GV), Datuk Aishah tampil mempertahankan program realiti nyanyian itu. Aishah mencadangkan agar mana-mana pihak yang kurang senang dengan penerbitan program berkenaan untuk tidak menonton rancangan tersebut.
"Tak suka tengok artis sendu, tak payah tengok. Tak suka tengok pengacara sendu, tak payah tengok. "Tak suka format rancangan, tak payah tengok. Tak suka apa-apa pun, tak payah tengok atau terlibat," katanya di IG Tidak menyatakan kepada siapa status itu ditujukan, juara GV musim keempat itu menegur tindakan segelintir pihak menulis komen melampau mengkritik mengenai program berkenaan.
"Kau siapa nak komen macam kau terpaling betul dan berhak kat dunia ni? Bagi la kami-kami yang suka tengok. Tak kacau pun periuk nasi kau kan?" soalnya. Pada minggu pertama yang berlangsung Ahad lalu, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang apabila All Stars Gegar Vaganza menampilkan gabungan tiga pengacara iaitu Nabil Ahmad, Jihan Musa dan Elly Mazlein. Bagaimanapun, Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memaklumkan bahawa pihaknya akan mengambil kira maklum balas orang ramai terhadap perkara tersebut dan akan mengambil tindakan yang terbaik bagi memastikan program itu berjalan lancar.
GV pada kali ini akan menampilkan 15 finalis yang mana 10 daripadanya adalah pemenang-pemenang daripada musim lalu dan lima lagi adalah daripada kerusi hot seat yang akan dipilih oleh peminat. Program tersebut akan berlangsung selama 12 minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, pukul 9.00 malam dan ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).-CARI Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|