CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jiran Dari Neraka-Buang Air Kencing Dalam Kasut, Tuang Kicap Pada Pakaian Yang Disidai

27-9-2023 10:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1966| Komen: 5

SINGAPURA – Sebuah keluarga yang tinggal di blok pangsapuri Bukit Panjang, Singapura hidup resah sejak 2021 kerana mempunyai jiran yang sering mengganggu dan merosakkan harta benda mereka.

Menurut seorang anggota keluarga tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, jiran mereka merupakan seorang warga emas.

Mothership melaporkan, wanita yang  tinggal berseorangan itu kerap melakukan perbuatan khianat dan pernah tular di media sosial kerana menuang air kencing di dalam kasut mereka.

Foto: Mothership

Terbaharu, wanita tersebut dikatakan menuang kicap pada pakaian yang disidai keluarga Nur sebanyak beberapa kali antara Jun 2022 hingga Ogos 2023.

“Selepas menghubungi polis, dia menafikan melakukan perbuatan itu meskipun saudara perempuan saya melihat tangannya dikeluarkan melalui tingkap untuk menuang sos kicap,” kata Nur.

Tambahnya, pada 7 September lalu, jiran tersebut ditangkap sedang menuang air sisa cucian cermin tingkap ke dalam kasut ahli keluarganya.


“Apabila polis mengetuk pintu rumahnya, dia enggan membuka pintu. Jadi, polis hanya berlalu begitu sahaja,” ujar Nur.

Sementara itu, menurut saudara lelaki Nur pula, wanita berkenaan mula mengganggu keluarga mereka sejak 2021 apabila dia meletakkan rak kasut arwah datuknya di luar unit kediaman itu.

Wanita tersebut tidak membenarkan rak itu diletakkan di situ kerana mendakwa ia memasuki kawasan rumahnya dan sejak itu, pelbagai perbuatan khianat dilakukan wanita berkenaan.

Antaranya adalah masuk ke rumah mereka secara tiba-tiba dan memarahi ibu Nur, menuang cat pada lantai hadapan rumah mereka, membuang pasu bunga milik mereka dan membiarkan sampah busuk di hadapan rumah.

Menurut Nur, keluarganya sudah membuat laporan polis dan aduan kepada majlis perbandaran. 

Polis masih menyiasat kes tersebut. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 27-9-2023 12:58 PM
org tua loklak mcm ni, ko acah je perasap kemenyan depan rumah dia sambil mendram merapu pura2 nak santau. takut la dia nnt

Quote boo03 17-11-2024 05:18 PM
Do you want me to?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.151524 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top