London: Krisis kos sara hidup disebabkan inflasi akan ‘memendekkan jangka hayat’ dan ‘secara signifikan melebarkan jurang kesihatan-kekayaan’, demikian menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal BMJ Public Health semalam.
Model komputer yang disediakan untuk kajian berkenaan meramalkan bilangan orang awam yang meninggal dunia sebelum usia sepatutnya (bawah 75 tahun), akan meningkat hampir 6.5 peratus sepanjang tempoh kenaikan harga berlaku. Isi rumah paling miskin pula diramal mengalami ‘kematian tambahan’ empat kali ganda lebih tinggi berbanding isi rumah paling kaya dengan golongan paling miskin terpaksa berbelanja lebih untuk kos tenaga. Harga tenaga seperti gas, petrol dan elektrik melambung tinggi di Britain. Kumpulan penyelidik berkenaan mengkaji impak inflasi terhadap kadar kematian di Scotland dalam tahun 2022 – 2023, sama ada disusuli atau tanpa langkah menanganinya oleh kerajaan.
Data terkumpul itu kemudian digunakan untuk meramalkan pelbagai kesan masa hadapan terhadap jangka hayat dan ketidaksamaan di Britain. Tanpa langkah susulan oleh kerajaan, model tersebut mendapati inflasi boleh menyebabkan kematian meningkat sebanyak lima peratus di kawasan mewah, namun melonjak 23 peratus di lokasi paling miskin, manakala kadar puratanya pula ialah sekitar 6.5 peratus. Jangka hayat keseluruhan juga akan turut merosot dalam kesemua kes, tambahnya. “Analisis kami mengukuhkan bukti bahawa ekonomi penting untuk kesihatan rakyat,” kata kumpulan pengkaji berkenaan. Inflasi Britain tanpa dijangka, menjadi perlahan sepanjang Ogos lalu kepada 6.7 peratus berbanding 11.1 peratus sebelumnya, namun kekal tertinggi dalam kalangan negara maju Kumpulan Tujuh (G7). Kenaikan inflasi Britain antaranya didorong oleh perintah berkurung Covid-19, Brexit dan perang di Ukraine. – AFP Sumber: Kosmo! Online
|
_blackbird replied at 27-9-2023 10:43 AM
bukan lobai kata mati awal tanda allah sayang? org jahat yg selalu mati lambat
juruterra replied at 26-9-2023 08:08 PM
hahaha acik2 kepam je sibuk nak dok london katanya...kat sana kalau ko miskin jd homeless nk makan p ...
FOTHER-MUCKER replied at 27-9-2023 04:04 PM
Sebenarnya homeless ni ada tempat mereka untuk makan dan tidur percuma setiap hari. Tapi mereka ken ...
stingergrumpy replied at 27-9-2023 10:17 AM
Pembangang pembangang pada kerajaan madani hari ini.....
Ayuh kita gempur pemfitnah pemfitnah ini s ...
juruterra replied at 27-9-2023 01:11 AM
busuk2 depa tu kencing merata tido ditepi2 corridor kedai x mungkinlah polis. kesian tgk bergumpal ...
ADVERTISEMENT