CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Biden Cipta Sejarah Sertai Piket AS

27-9-2023 09:53 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 996| Komen: 3

Belleville: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyertai piket membabitkan mogok pekerja automotif di Michigan, semalam, dalam usaha menuntut kenaikan gaji dan faedah lebih baik.

Biden adalah Presiden AS pertama yang dilihat menyertai barisan piket, dalam usaha beraninya demi meraih undi pekerja manual atau kolar biru, menjelang pilihan raya yang dijangka menyaksikan persaingannya dengan bekas Presiden, Donald Trump.


Presiden AS, Joe Biden berucap ketika menyertai piket bersama pekerja automotif di Michigan, AS. - Foto REUTERS

Biden yang juga pemimpin Demokrat, mengenakan topi besbol Kesatuan Pekerja Auto Bersatu (UAW), dilaporkan melaungkan kata semangat bahawa pekerja dalam sektor itu layak untuk memperoleh pendapatan lebih tinggi.

Dalam piket itu, beliau menggesa syarikat automotif membabitkan Ford, General Motors dan Stellantis untuk meningkatkan gaji dan faedah bagi pekerja.


"Mereka sudah sangat berjaya dan anda semua juga sepatutnya mendapat yang lebih baik," katanya sambil mendapat sorakan pekerja.

Biden kemudiannya berjabat tangan dengan pekerja kesatuan, sambil dikawal teliti oleh ejen Perkhidmatan Rahsia.

Beliau turut bersetuju apabila ditanya sama ada pekerja perlu mendapat kenaikan gaji sebanyak 40 peratus.

Perjalanan simbolik Biden itu berlaku sehari sebelum Trump yang mewakili Republikan, melawat Michigan yang juga adalah lokasi bagi pusat bersejarah industri kereta AS dan medan pertempuran utama untuk kempen pilihan raya 2024.

Sementara itu, pekerja di kilang automotif GM, Carolyn Nippa, 51, mengakui detik pertemuan dengan Biden adalah sangat bermakna dan bersejarah.

Mogok pekerja automotif yang bermula pada 15 September lalu, dilihat dijadikan kempen politik untuk Biden dan Trump, menjelang pertembungan semula tahun depan.

Penyertaan Biden dalam piket itu antara usaha mendapatkan sokongan, ketika tercetusnya kebimbangan berhubung penilaian rakyat terhadapnya melalui tinjauan pendapat, khususnya berkait dengan usia dan perjuangan beliau dalam menyampaikan mesej ekonomi.

Pastinya, Rumah Putih mengaturkan elemen bersejarah itu dengan Setiausaha Akhbar, Karine Jean-Pierre, menegaskan bahawa ia adalah kali pertama presiden menyertai piket pada era moden.

Pertemuan Biden dengan kesatuan pekerja itu dilihat berjalan lancar, yang mana sokongan dari segmen itu memainkan peranan sangat penting ketika beliau menewaskan Trump pada 2020.

Ketua UAW, Shawn Fain, yang menjemput Biden ke Detroit, berasa teruja kerana Presiden memilih untuk berdiri bersama pekerja.

Sementara itu, Trump berharap untuk menarik kembali pengundi dalam kalangan pekerja, yang mendorong populis sayap kanan itu ke Rumah Putih pada 2016.

Namun hubungan hartawan itu dengan kesatuan dilihat lebih sukar. - AFP


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote malarky 27-9-2023 11:07 AM
Edited by malarky at 27-9-2023 11:08 AM

trump is a repuplican? ingatkan democrat
Quote Decaffeinated 27-9-2023 11:29 AM
Orang amerika faham siapa yang pegang bisnes ni. Presiden pun cuma mampu berpiket je.

Orang malaysia ja yang percaya adun boleh control harga tepung gandum.
Quote stingergrumpy 27-9-2023 11:32 AM
Decaffeinated replied at 27-9-2023 11:29 AM
Orang amerika faham siapa yang pegang bisnes ni. Presiden pun cuma mampu berpiket je.

Orang malaysi ...


Jemin nyit nyit dengarnyer dah form shadow kabinet di dewan dun selangor...dia chief khadamnyer

Caya ler nyit nyit....

Kahkahkahkahkah

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.044276 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top