CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saman Pemandu Berhenti Di Garisan Putih, Laluan Pejalan Kaki

27-9-2023 09:47 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1251| Komen: 2

Kuala Lumpur: Tindakan terhadap pemandu kenderaan yang berhenti di garisan putih atau laluan pejalan kaki segera diambil apabila 209 saman dikeluarkan terhadap pesalah itu dalam Op Hormat Undang-Undang (HUU) Jalan Raya Polis Kuala Lumpur fasa dua, semalam.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, ia daripada keseluruhan 6,638 saman yang dikeluarkan.

ANGGOTA polis mengambil tindakan ke atas kenderaan yang berhenti di garisan kuning, laluan pejalan kaki. FOTO Ihsan Polis.

"Kesalahan tertinggi direkodkan adalah halangan lalu lintas dengan 5,446 saman dikeluarkan.

"Kesalahan lain adalah tiada lesen memandu (95), tidak patuh lampu isyarat merah (51), nombor plat fancy (30) dan lain-lain (807).

"Seramai 11 individu turut ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk penyalahgunaan dadah," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Terdahulu, tular di media sosial beberapa rakaman video menunjukkan anggota JSPT menyaman kenderaan yang berhenti melebihi garisan putih dan di atas laluan pejalan kaki.

Mengulas lanjut, Sarifudin berkata, sebanyak 21 operasi dijalankan semalam membabitkan Op Mabuk; Op Motosikal; Op Perdagangan; Op Khas; Op Pelbagai; Op Halangan; Op Utama (telefon bimbit); Op Utama (Lampu Isyarat) dan Op Didik.

Katanya, operasi itu dijalankan dengan kekuatan 798 pegawai dan anggota.

Mana-mana individu yang disaman sepanjang operasi yang dijalankan sehingga 29 September ini tidak layak untuk mendapat tawaran pengurangan atau diskaun.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 27-9-2023 09:52 AM
Bagus2.. lagi bagus kalau JPJ dan Polis buat SJR terhadap lori2 hantu yg bawak laju mcm tiada hari esok tu sampai langgar mati org.. huh
Quote BoongaKertas 27-9-2023 02:17 PM
iols cuma rasa kurang sesuai nak buat time peak hours kat KL ni. sbb kdg2 kita xleh jangka kereta depan tu dah stucked, know2 dah tersangkut lebih dr garisan putih. aduh.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.238624 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top