CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Laluan Ke Puncak Gunung Kinabalu Tutup Jika Hujan Lebat

26-9-2023 11:47 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 778| Komen: 0

Kota Kinabalu: Laluan ke puncak Gunung Kinabalu akan ditutup jika hujan lebat pada tengah malam iaitu sebelum pendakian bermula.

Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr Maklarin Lakim berkata, ia antara langkah segera diambil Renjer Taman yang mengawal aktiviti pendakian bagi mengelak sebarang kemalangan atau insiden tidak diingini.



Katanya, hujan lebat yang berterusan hingga subuh boleh menyebabkan berlaku aliran air deras dan membentuk 'sungai' sementara di laluan pendakian.

"Kejadian hujan lebat dan pembentukan sungai di Gunung Kinabalu biasanya berlaku di Kilometer 7.2 ke puncak dan ia adalah fenomena biasa, namun Taman-Taman Sabah tetap mengambil beberapa langkah untuk menjamin keselamatan pendaki.

"Langkah itu termasuk kawalan kuota bilangan pendaki dalam sehari iaitu dihadkan kepada 163 orang saja. Setiap pendaki mesti dibimbing seorang malim gunung dengan maksimum lima pendaki bagi seorang malim gunung.


"Seterusnya ialah langkah kawalan oleh Renjer Taman yang mana pintu laluan ke puncak gunung akan ditutup kepada pendaki apabila hujan lebat sejak tengah malam," katanya ketika dihubungi.

Maklarin berkata, pihaknya juga bekerjasama dengan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar) di bawah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk sebarang kemungkinan bencana.

"Selain itu, laluan pendakian juga direntang dengan tali putih sebagai panduan kepada pendaki melakukan aktiviti pendakian dengan selamat.

"Pada masa yang sama, kita juga meneliti kemudahan dan cadangan penambahbaikan yang lain di laluan ini bagi meningkatkan tahap keselamatan aktiviti pendakian di puncak Gunung Kinabalu," katanya.

Sebelum ini, video dikongsi pendaki dan petugas di Gunung Kinabalu tular di media sosial yang menunjukkan aliran air deras seperti air terjun di puncak.


Sumber: Harian 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.424489 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top