CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Aku Kembali Bujang!"-Bekas Pasangan Suami Isteri Ceria, Bergelak Ketawa Depan Mahkamah Lepas Cerai

26-9-2023 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2758| Komen: 16

PETALING JAYA – Baru sahaja selesai lafaz cerai talak satu di mahkamah, bekas pasangan suami isteri tampil ceria dengan gelak ketawa.

Video berdurasi satu minit 16 saat yang tular itu dikongsikan oleh Bonraizu Production di Facebook.




“Alhamdulillah,selesai. Sekarang kita kawan. Hidup terus hidup, aku kembali bujang kahkahkah.

“Syukur pada Allah, redha pada ketentuan Allah. Jangan putuskan silaturrahim,” tulisnya.


Loading FB Post...


Dalam video itu juga, individu dikenali Bon itu sempat memberitahu hubungannya bersama bekas isteri baik-baik sahaja dan akan terus menjadi kawan meskipun situasinya sudah berbeza.

“Saya ingin berpesan, jaga baik-baik hubungan suami isteri. Jangan sia-siakan hubungan anda,”tambahnya.

Dalam pada itu, ramai turut mendoakan bekas suami isteri berkenaan malah ada juga yang berharap mereka bersatu kembali.

“Alhamdulillah Bon, kalau dah itu jalan yang terbaik. Apa-apa pun hidup mesti diteruskan,”ujar Iman Danish.

“Dalam keadaan ni babah tetap kelakar. Semoga dipermudahkan urusan,”komen Sue Yusri.

“Insya-Allah Bon jika ada jodoh lagi, bersatulah kembali. Mungkin selepas ini akan terkenang kisah pahit manis kalian selama bergelar suami isteri,” kata Sujairi Saperi. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 26-9-2023 10:59 AM
Main2 je keje korg ni..cerai cerai je lah. Bwk haluan masing2. Bbnu tgk igt kawen ni sukaneka ke tak suka cerai hepi2 jah. Uuuu ko tak tau perit tekak kau menahan rasa nk memaki org. My point is..cerai itu diboleh tetap cool gado tu tak perlu. At the end kena jgak deal psal anak2. Sometime kitorg gi makan sbab urusan anak2 pastu bole dia claim balik
Quote eira2310 26-9-2023 11:01 AM
benda mcm ni dah jadi trend pula...
Quote bulalof 26-9-2023 11:02 AM
sudah2 la merekod benda2 bodoh nak act cool camni.

pengetahuan agama kamu yg cetek tu patut ko penuhi dgn ilmu lagi. not to give a wrong signal to the public.
Quote sayurmayur88 26-9-2023 11:10 AM
entahlah labu...
Quote krustykrab 26-9-2023 11:23 AM
Apa nk heran, uai pun ada cakap org muda² ni kawin sb nk ngeseks halal je.
Quote Buritan 26-9-2023 11:55 AM
krustykrab: Apa nk heran, uai pun ada caka ...


Muda kee.. mcm dah kertu jahhh...
Quote imanda 26-9-2023 11:57 AM
inspirasi pilem i gv it a year?
Quote nanasno 27-9-2023 03:32 PM
sian. muka anak pun termasuk sekali.
Quote prettyuglybabe 27-9-2023 05:30 PM
demi content..
padahal malam-malam menangis kat bucu katil..
Quote boo03 17-11-2024 05:22 PM
Do you want me to?

Quote fazamania 18-11-2024 08:53 PM
Kalau baik, kenapa bercerai?
Lepas tu keluarkan statement hubungan akan baik2 dan jaga silaturrahim. Eh, pelik.

Kalau mcm tu, baik x payah cerai.
Quote rikiruj 18-11-2024 09:06 PM
Jangan sampai ikut trend westerners... kahwin sebab rasa nak kawin, bila dah rasa boring boleh cerai.. takde hal.. marriage is just an expression of love at that particular time until it's not..
Quote n3ar 18-11-2024 10:17 PM
BBNU sekarang banyak kawen cerai..

kat media sosial Threads berlambak2 aku tgok single mom..lepas tu ayat semua mengundang "masih ada ke orang sudi terima single mom".. " single mom, hidup keras.. semoga dipermudahkan bertemu kebahagiaan semula.."

masalahnya rata2 tgok lawa..tp tu la masa muda2 suka pilih bad boy...dah kena tutuh, bila laki tu bosan cerai la cerita nya..pastu ulang2 la dgn pompuan lain pulak

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.049052 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top