CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

McDonald’s Malaysia Siasat Kes Caj Sos Cili Peket RM10.60

26-9-2023 09:59 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4771| Komen: 77

Kuala Selangor:Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, pihaknya sedang menyiasat berhubung dakwaan restoran makanan segera itu mengenakan caj bagi 10 paket sos cili yang dijual dekat salah sebuah restorannya.


McDonald’s Malaysia menafikan pihaknya mengenakan caj bagi setiap paket kecil sos cili yang diperolehi pelanggan dalam setiap pembelian hidangan seperti yang tular dalam media sosial, baru-baru ini.


“Kami akan memanggil pekerja dan pelanggan yang terlibat bagi mendengar penjelasan mereka berhubung kes berkenaan.

“Buat masa ini, kami tidak mahu komen lanjut kerana ia masih dalam proses siasatan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen Kali Ke-4 Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia.

Dalam pada itu, Azmir menegaskan, McDonald’s Malaysia tidak pernah mengenakan sebarang caj kepada pelanggan yang meminta sos paket, kecuali sos khas barbeque dan sos masam manis yang dimakan bersama nugget.


“Kami tidak jual sos cili, tetapi pelanggan berpada-padalah juga (minta paket sos), takkanlah minta sampai 20 paket sos cili (dalam satu masa). Tetapi kadang-kadang kes ini berlaku dan anda jangan terkejut,” jelasnya. 


Terdahulu, sebuah hantaran tular mendakwa cawangan restoran berkenaan didakwa mengenakan caj RM1 untuk sepaket sos cili yang menyebabkan pelanggan terbabit dikehendaki membayar sejumlah RM10.60 termasuk cukai kerana meminta 10 paket sos cili.

Berang dengan tindakan pekerja restoran tersebut, beliau kemudian memuat naik resit pembelian sos tersebut ke dalam media sosial.



Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shi_jewel 26-9-2023 10:04 AM
betul eh di charge? sebab i tgk resit mcm takde pun dinyatakan di charge. takut fitnah kepada franchise yahudi je nanti sebab semata2x nak konten/view mencanak...

cara mudah buat duit...hrp tak kena saman oleh mcd ko dik.
Quote CiliPadiSedap 26-9-2023 10:22 AM
Kt resit ada nombor resit dan alamat premis.. premis mcd ada cctv

Kalau xde bukti kena charge masaklah fitnah mcd. Menjawablah.silap2 kena saman cmtu

Lgpun mcd makanan fast food. Hak dia nak naikkan kos apa.mcd bukan makanan asasi.lainlah beras gandum tepung minyak masak
Quote Thunderclouds 26-9-2023 10:24 AM
Aku harap yg buat konten bangang² ni di beri penampo seko².
Yg wat konten bodo.
Audience 2x5 bangang.
Kalo betol dia kna caj seploh ringgit utk kebodohan sendri tu mmg selayaknye lar.
Quote msdummy.2018 26-9-2023 10:47 AM
Aku xpernah mntk smpi 10pkt..slalu mtk 2/3 jer
Quote kakikuDibibirmu 26-9-2023 11:01 AM
shi_jewel replied at 26-9-2023 10:04 AM
betul eh di charge? sebab i tgk resit mcm takde pun dinyatakan di charge. takut fitnah kepada franch ...

Ini gambar resit penuh:

Quote bulalof 26-9-2023 11:04 AM
semua kemaruk nak masuk dlm 'tv' asalnya. dgn adanya media sosial yg byk platforms, menggelupur nak masuk muka tu dlm screen sambil adi bodoh dan memperbodohkan viewers yg bodoh tak tapis apa yg sepatutnya for your viewing pleasure.
Quote kakikuDibibirmu 26-9-2023 11:04 AM
Akak dah telefon dah talian hotline 1300-13-1300 tu, tapi GRO-Guest Relations Officer (pegawai perhubungan pelanggan). pulak yang jawab
Quote Orix 26-9-2023 11:08 AM
setahu iols kalau sos mcnuggets mmg kena cas utk 1 tub tu kalo nk lebih.... kalau sos cili tak logik la kena cas... sebelum zaman covid dlu boleh picit sesuka hati sos cili mekdi tu, sampai penuh 1 bekas
Quote krustykrab 26-9-2023 11:27 AM
Knp la korg suka makan sos ni byk²? Aku kalau mkn ayam grg, nugget, fries tak prnh nk guna sos. Kopok lekor ke keping ke pun aku tak cicah sos.
Quote jiwasemangat 26-9-2023 11:31 AM
Tak perlu nak pertikai kan tentang selera makan orang lain.. hal masing² laa.. ada org suka pedas, ada yg tak. Ada org selera banjir, ada org tak. Agree to disagree..
Quote _blackbird 26-9-2023 11:38 AM
kalau tgk betul2 resit tu, pelahap sos cili ni beli condiments (maybe sos cili tu lah) je pongggg... by the way dlm section condiments tu ada bbq, sweet sour, mayonese & sambal nasi lemak je ponggg.. motip ko beli condiments tanpa value meal set pastu jok jaja kat internet???? ku harap mcd saman pelahap condiments ni sampai terpaksa jual body nak bayar saman

Quote Atata 26-9-2023 11:41 AM
Astaga sos2 mekdi kfc ni aku selalu stresss bersepahhh lah kat rumah. Nak buang sayang. Pernah sekali aku take away mekdi makan kat kereta, sos dia tu aku hantar balik kat budak2 mekdi tu. Jadi sampah je bawak pulang rumah kang. Selaluuu lupa nak pesan tanak sos peket waktu order
Quote kucingitam 26-9-2023 11:41 AM
dia beli asing ni..dah beli ayam pastu sos tak cukup, pi kaunter mintak eh kena bayar..tu yang resit asing.
Quote imanda 26-9-2023 11:46 AM
kucingitam replied at 26-9-2023 11:41 AM
dia beli asing ni..dah beli ayam pastu sos tak cukup, pi kaunter mintak eh kena bayar..tu yang resit ...

kalo xcukup better pegi beli sos sebotol terus dekat mart. sepatutnya tanya nak sos lebih boleh tak... kn bayar tak..
Quote azalia72 26-9-2023 12:17 PM
Ye siasat, jangan x siasat... sebab rasa mcm pelik la pulak.

Ikutkan McD Tmn Buaya ni mmg tip top service dia, crew pun bagus compared dgn McD MITC.
Quote jfq 26-9-2023 01:51 PM
Mmg patut kena charge
Jenis kalau barang bagi free suka membazir, pakai sikit yg lebih pi buang
Quote shi_jewel 26-9-2023 02:06 PM

aaaaaaaaahh... i see...
staf baru tersalah key in barangkali. padahal yg patut dicharge condiments utk nugget tu.
Quote plywood 26-9-2023 02:07 PM
kucingitam replied at 26-9-2023 11:41 AM
dia beli asing ni..dah beli ayam pastu sos tak cukup, pi kaunter mintak eh kena bayar..tu yang resit ...

jadi ini kelemahan prosedur ker apa? sebab tak jelas untuk pelanggan, klu minta tambahan sos lambat semasa makan, dah kena bayar dah walaupun makan dalam premise. ..  pelanggan tu mungkin jugak tak bersalah kerana ingat kes mcm tu sos paket tu masih free.. dan cashier juga mungkin ingat minta sos lambat ini dah dikira pembelian baru. itu kalau kesnya begitu..



Quote kakikuDibibirmu 26-9-2023 02:07 PM
shi_jewel replied at 26-9-2023 02:06 PM
aaaaaaaaahh... i see...
staf baru tersalah key in barangkali. padahal yg patut dicharge condiments ...

Tersalah tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada ter memang tak apa

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.120755 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top