CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Aktres Indonesia Mengaku Terlibat Pembikinan Filem Porno, Dibayar RM 1 Juta Rupiah Oleh Irwansyah

21-9-2023 11:03 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6579| Komen: 10

Selebriti Indonesia, Anisa Tasya Amelia atau Meli 3GP termasuk dalam senarai artis yang dipanggil penyiasat Polis Daerah Metro Jaya, Jakarta kerana terlibat dalam pembikinan filem lucah di rumah produksi Kelas Bintang.


Mengenakan topi hitam dan menutup muka, Meli keluar dari bilik siasatan ditemani seorang lelaki yang diperkenalkan sebagai teman lelakinya.


Polis juga kini giat memburu individu dikenali sebagai Irwansyah yang merupakan pengarah dan pemilik produksi berkenaan.

Menurut Meli, pertama kali dia dihubungi oleh Irwansyah menerusi mesej peribadi di Instagram.

Dia bagaimanapun tidak dapat menolak tawaran itu kerana berasa takut.

"Dia lebih agresif, kerana dia terus menelefon tanpa henti dengan nombor berbeza. Dia berbual menggunakan lima nombor berbeza," ujarnya.

Tambah Meli lagi, dia hanya terlibat dalam satu video sahaja dan menarik diri kerana berasa tidak selesa dengan adegan berkenaan.


"Memang trauma untuk berlakon... dari pukul 11 ​​pagi hingga 3 pagi esoknya mereka suruh lakonkan beberapa adegan dan dipaksa melakonkan babak yang disuruh seperti menanggalkan pakaian," katanya

Untuk setiap pembabitan, Meli memberitahu dia dibayar 1 juta rupiah (RM305) oleh Irwansyah.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 21-9-2023 12:07 PM
irwansyah yang aku memang pencinta buaya tapi ku bukan wanita tu ke?
Quote Sazreena 21-9-2023 01:31 PM
Jadah RM 1 juta rupiah..dua currency kat situ dah kenapa. Baidewei 1 juta rupiah tu terlalu murah utk nilai maruah.
Quote babelina 22-9-2023 11:21 AM
ayoooooo.. 1 juta rupiah murah dik...
Quote lasagna 22-9-2023 12:21 PM
adooii murah sgt tu dik ooii xkn anggaran dlm rm300 nilai diri ko dik?
Quote lasagna 22-9-2023 12:22 PM
mamajawie replied at 21-9-2023 12:07 PM
irwansyah yang aku memang pencinta buaya tapi ku bukan wanita tu ke?

ehh bukann.. lelaki yg dikenali sbg nama irwansyah..


Quote I.K.A888990 22-9-2023 01:04 PM
mak aiiii kak
murah sgt tu maruah
Quote laicibiru 22-9-2023 01:41 PM
clickbait betul tajuknya. Ingatkan Irwansyah retis tu, baru nak jadi mami jarum

Quote bynroslan 22-9-2023 02:44 PM
terkejut aku ingat Irwansyah pelakon tu. Kalau tak silap haritu dia dah jadi alim mengaji apa semua, takkan tetibe buat video porn pulak  
Quote seri_mawr 22-9-2023 03:11 PM
sesungguhnya ramai bernama irwansyah....

udah le baca tajuk ku terbayangakn pencinta wanita itu...huhuu

tapi murah benor bayaran tuk buka2 baju....huhuhu
Quote _blackbird 24-9-2023 01:36 PM
amboii.. kalau pergi resort 5 star kat indon tu skali makan utk sorg pon ongkos nya lebih kok dari 1 juta nonn...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.077548 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top