Penyanyi rap sensasi Drake menarik perhatian peminatnya apabila menayang sejumlah lebih daripada 100 helai koleksi pakaian dalam wanita (coli) yang diberikan sebagai hadiah oleh peminatnya.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik penyanyi berusia 36 tahun itu dalam Instagram, kelihatan bapa kepada seorang cahaya mata itu tersenyum ketika menyusun ratusan helai koleksi coli pelbagai warna dan saiz yang diberikan kepadanya. “Ini merupakan suatu hal yang gila,” ujarnya. Menurut laporan TMZ, pelantun lagu Hotline Bling itu mula menerima koleksi bra sebagai hadiah sejak mengadakan konsert jelajahnya, It’s All a Blur bermula Julai lalu. Ketika membuat persembahan di atas pentas, segelintir peminatnya dalam kalangan wanita akan membaling bra ke arahnya untuk dijadikan sebagai hadiah kenang-kenangan. Sumber: HibGlam
|
KamikuP replied at 11-9-2023 11:14 AM
Coli baru ke atau preloved yg dah masyam? ekekeke
ADVERTISEMENT