Personaliti media sosial Indonesia Mimi Peri mendedahkan dia tidak akan berkahwin susulan mendakwa dia mengalami masalah kebatinan iaitu mati pucuk. Mimi atau Ahmad Jaelani, 35, berkata, dia tidak mahu masalah dihadapi itu mengecewakan bakal isterinya kerana tidak mampu memberi nafkah batin jika dia berkahwin.
"Saya jujur saja dengan anda semua, saya tidak akan bernikah kerana saya mengalami masalah mati pucuk. "Daripada saya mengecewakan calon isteri, lebih baik saya menahan nafsu seumur hidup. "Sudah ya jangan tanya lagi soal (kahwin) ini. Saya tidak akan bernikah kerana tidak mahu menyakiti sesiapa pun," katanya. bertanya bila dia akan menamatkan zaman bujang di Instagram miliknya. Dalam pada itu, pelakon filem Mat Tudung ini juga memberitahu dia hanya mahu mencintai diri sendiri dan memberi fokus untuk mencari wang.
Tambah Mimi lagi, dia pernah dikecewakan oleh cinta sebelum ini dan berjanji tidak akan pernah mendirikan rumah tangga. "Saya pun tidak mahu disakiti oleh diri sendiri dan menyakiti orang lain. Saya lebih tenang mencintai diri sendiri... cari duit yang banyak, sudah saya tidak mahu bernikah. "Sampai bila-bila pun saya tidak mahu bernikah kerana saya sudah banyak dikecewakan oleh wanita dan... Apa pun saya tidak mahu berkahwin," ujarnya. Sumber: mStar
|
AkokKocik replied at 2-9-2023 06:40 PM
Selamberrr je dia ckp camtu, ...jgn gitu, dkecewakn trus xnak kawen.
Abg aku dtinggalkn xgf punyala ...
AkokKocik replied at 2-9-2023 06:40 PM
Selamberrr je dia ckp camtu, ...jgn gitu, dkecewakn trus xnak kawen.
Abg aku dtinggalkn xgf punyala ...
ADVERTISEMENT