Artis dari Indonesia iaitu Nikita Mirzani membuat pengakuan mengejutkan mengenai aktres Dewi Perssik sewaktu bersiaran langsung di media sosial baru-baru ini. Nikita mendakwa bahawa Dewi pernah menjalinkan hubungan cinta songsang dengan seorang wanita ketika masih dalam penjara.
"Dulu masa dia dalam penjara, saksi Pondok Bambu, dia ada teman wanita," katanya. Bukan itu sahaja, Nikita turut menuduh Dewi menjual dirinya. Kenyataan balas Nikita itu dibuat selepas Dewi menggelarkan dirinya sebagai pelacur. "Dia bercakap tentang pelacur tetapi dia tidak sedar. Dulu, dia juga menjual diri," ujarnya. Ibu kepada tiga anak ini mengakui tidak gentar berdepan dengan Dewi. "Memang remeh. Kalau saya cakap tentang keburukannya, walau hanya sepatah, dia boleh emosi setahun. Tengok saja," katanya. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT