Pengacara dan bekas penyampai radio, Hunny Madu melarang anak-anaknya memiliki media sosial terutamanya, TikTok. Hunny atau nama sebenarnya, Hani Farhana Mohd. Hatim, 39, berkata, cara itu berkesan untuk menyekat pengaruh negatif yang berleluasa dalam platform-platform berkenaan.
“TikTok contohnya, boleh membahayakan sekiranya penggunaannya tidak dikawal. Sebagai orang dewasa, saya tahu menilai baik buruk, tetapi saya tak mampu kawal video yang mereka tonton di media sosial. “Contoh video dua lelaki bercumbu dan sebagainya. Sebenarnya, tanpa kita sedari, ia boleh mempengaruhi. “Jadi yang boleh saya buat adalah halang anak-anak saya guna media sosial supaya mereka tidak melihat kandungan tidak senonoh,” katanya. Hunny berkongsi perkara tersebut ketika ditemui sempena sidang media single terbaru, Rahsia Petua yang dinyanyikan Kmy Kimo, Luca Sickta, Nicole Lai, Psychomantra dan Benzooloo.
|
bedahmenjuyah replied at 26-8-2023 04:16 PM
Cute celine. Tiba2 teringat rachel...
aienul replied at 26-8-2023 05:33 PM
Anak dah 3 lawa menten je badan [em:1:]
ADVERTISEMENT