CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rasa Tak Cukup, Fimie Don Mengaku Pernah Curang

25-8-2023 08:42 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 25727| Komen: 14

Pelakon dan penyanyi berbakat besar, Fimie Don tanpa berselindung mengakui pernah curang dalam hubungan percintaannya sebelum ini.

Menerusi perkongsian di TikTok @daliafarhana, Fimie diminta untuk memberikan pendapat punca seseorang itu berlaku curang.


Kata Fimie, seseorang itu curang kerana rasa tidak cukup dengan apa yang dimilikinya.


"Saya rasa sebab orang yang curang adalah orang yang tak cukup. Bukan sahaja tak cukup dengan kasih sayang tapi tak cukup dengan diri dia, tak bersyukur," katanya.

Dalam pada itu, Fimie turut mengakui kesilapannya yang pernah bertindak sedemikian terhadap bekas kekasihnya dan merasakan dirinya rugi.

"Saya pun pernah buat silap itu dan saya sedar orang yang buat tu adalah orang yang rugi. Sesungguhnya kalau kita sayang orang yang tak sayang kita dan tinggalkan orang yang sayang kita, dia adalah orang yang rugi.


"Saya pernah berada dalam position orang yang rugi dan saya tak nak jadi orang rugi dah," katanya.

Terdahulu, Fimie dan Dalia pernah berlakon bersama dalam cerita yang mengisahkan suami 'kantoi' curang.


Sumber: Xtra

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jerungmasam 25-8-2023 08:57 PM
Taik mana ni batak nk org tahu cter curang ko nih...yihhhh...
Quote slyfynx 25-8-2023 09:19 PM
Mcm krik krik je
Quote sleepandream 25-8-2023 09:39 PM
heols ni kalau tak jaga makan mesti senang boyot...
Quote kaedahnya 26-8-2023 07:54 AM
dalia tu siapa pulak
Quote kucingitam 26-8-2023 10:06 AM
muka cenggini pun nak bangga curang2....kalau hensem cam aedy ashraff tu sesuwai la juga...
Quote Knowlee 26-8-2023 10:20 AM
Quote pocongkiutss 26-8-2023 10:24 AM
Amboi dek fimiee
Quote Kurex 26-8-2023 11:09 AM
Kurex takut je dik fimie nampak kurex dekat luar, dik fimie nak couple dgn kurex. Kena ingat, kurex ni berselera tinggi!
Quote jambatannetizen 27-8-2023 12:43 AM
kaka duda minta menyembah di sini
Quote maroon_nerd 27-8-2023 01:57 AM
Bukan nak kata la. Muka gini pun beria nak curang. Ni kalau hensem sikit, tak tau la macam mana.
Quote jambatannetizen 27-8-2023 07:34 AM
kaedahnya replied at 26-8-2023 07:54 AM
dalia tu siapa pulak

Ex girlprend dia kot
Quote heythere123 27-8-2023 12:45 PM
kaedahnya replied at 26-8-2023 07:54 AM
dalia tu siapa pulak

labelmate heols, takde apa2 hubungan percintaan pon antara theyols berdua.

Cuma selalu dapat buat projek bersama sebab keje under the same recording label
Quote Nurul_007 27-8-2023 01:43 PM
Meols tersenyum sini je baca.tk sngka budak filem magika dh besar
Quote ezacbee 27-8-2023 08:15 PM
Muka gatal budak ni..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.042016 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top