CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Puteri Sarah Bengang Dengan Menantu Kazar, Dakwa Masih Jaja Cerita Kisah Dengan Syamsul

25-8-2023 11:08 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 102356| Komen: 423

Isu rumahtangga Puteri Sarah Liyana dengan bekas suaminya, Syamsul Yusof sudah pun menemui titik noktah dan berakhir dengan baik.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian baharu Puteri Sarah di IG Story, masih ada pihak yang seolah-olah belum 'move on' dan masih menjaja kisah tersebut.



Puteri Sarah meluahkan rasa marah terhadap menantu kepada pelakon senior, Kazar Saisi iaitu Wiwie Darvienda Mazweena yang didakwa masih ‘menyalak’ di akaun Instagram (IG) miliknya.

Dakwa aktres berumur 37 tahun, Wiwie masih menjaja kisah dirinya dan Syamsul. Tegas Puteri Sarah, wanita terbabit sepatutnya bersyukur apabila dia membuat keputusan menarik saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan dua ahli keluarganya.


"Pagi-pagi bangun ramai netizen yang kongsi dengan saya. Sejenis manusia bila dah elok semua diselesaikan, dah tarik saman masih nak menyalak.

"Saya sudah selesai dengan Shamsul, dah elok (hubungan) dan kami gembira dengan kehidupan sendiri. Dan awak entah dari mana bercakap tentang kami? Meroyan dekat close friends kau?

"Dah tarik saman dah cukup baik, kau patut bersyukur tetapi tidak! Masih nak menjaja cerita. Tak tau nak publisiti ke apa," tulisnya.

Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menyatakan dia akan mengambil tindakan undang-undang malah akan membuat laporan kepada majikan Wiwie.

Pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, dan Puteri Sarah akhirnya menemui berakhir apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Pada Jun tahun lalu, Puteri Sarah memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira Kazar yang didakwa kekasih Syamsul ketika itu.

Mahkamah kemudian mengeluarkan perintah injunksi inter-parte bagi kedua-dua belah pihak yang antara lainnya menyatakan Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengan Ira untuk tidak menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah serta keluarganya, keluarga mentuanya termasuk suaminya, Syamsul.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.


Sumber: Oh Bulan




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haruslah 25-8-2023 11:11 AM

Puteri Sarah meluahkan rasa marah terhadap bekas menantu kepada pelakon senior, Kazar Saisi iaitu Wiwie Darvienda Mazweena yang didakwa masih ‘menyalak’ di akaun Instagram (IG) miliknya.

Wiwi ni bekas menantu?
Quote elnor_81 25-8-2023 11:13 AM
haruslah replied at 25-8-2023 11:11 AM
Puteri Sarah meluahkan rasa marah terhadap bekas menantu kepada pelakon senior, Kazar Saisi iaitu W ...

Wiwi ni spe?nama.mcm weewee drypers je
Quote Binodino 25-8-2023 11:15 AM
Yes, kaka. Ex dia kalau tak silap si naim anak kazar tu haa.

Saman je, PS. Si wiwie ni pun berduit. So tak payah kesian
Quote hanihan16 25-8-2023 11:15 AM
ambik, tak dpt tengok kes ps vs ik, kita tengok kes ps vs wiwi pulak. jolok sarang tebuan balik yg dah elok aman2 pasai apa kak oi?

wiwi ni ex bini anak kazar yang nama naim tu ke? tengok dia still ok dgn family kazar selalu outing sama dgn adik beradik ik, melor semua tu
Quote jiwakacau06 25-8-2023 11:25 AM
apa story yg wiwi ni duk nyalak... anyone boleh share?
Quote HoneyManjer 25-8-2023 11:34 AM
who r yus wiwi?
Quote laksmanabentan 25-8-2023 11:34 AM
hahahhaa... da bekas menantu tapi pehal ko masuk campur lagi... hahahahhaa....
Quote jambatannetizen 25-8-2023 11:35 AM
Wiwie ini share kat close friend je kan? rasa tak salah, kalau dia nak pun haha.
Quote seripahzeripah 25-8-2023 11:45 AM
Edited by seripahzeripah at 25-8-2023 11:46 AM

Ala sudah la kau wiwi..kau jgn smpai orang bukak cerita pasal kau..kau pun pencaras..penyondol lepas cerai dgn naim kan...kau start hidup senang pun lepas kau buat kerja jual² b*^&% and kau bukan la kaya sejak dari azali pun..dan bukan la kaya betul pun..memang sejenis berlagak dan riak dari dulu..jenis pilih kawan..bila dah bnyk duit kawan yg susah sama² kau buang kau hina orang tu. Termasuk la arwah boyfriend kau..last² dah ank kazar yg biawak hidup..padan muka kau..

Mulut,hati kau sebusuk badan dan ketiak kau..
Quote tay22 25-8-2023 11:45 AM
Edited by tay22 at 25-8-2023 11:49 AM

Kang dalam court tak pasal2 kena dedahkan semua all out (gambar/video/convo) pasal SY-IK-Kazar's clan. Sbb benda sangkut paut kan, sbb both pihak nak kena justify.

Indirectly those related might be kena panggil as saksi etc, last2 semua kerabat kena g court kot. Jadi makin besar pulak issuenya.
Quote likilu 25-8-2023 11:51 AM
Apa benda ko kemarahan membuak tahabis lagi ke ps oiii
Quote jambatannetizen 25-8-2023 11:51 AM
seripahzeripah replied at 25-8-2023 11:45 AM
Ala sudah la kau wiwi..kau jgn smpai orang bukak cerita pasal kau..kau pun pencaras..penyondol lepas ...

Dia ini siapa? Biodata?
Quote seripahzeripah 25-8-2023 11:56 AM
jambatannetizen replied at 25-8-2023 11:51 AM
Dia ini siapa? Biodata?

Menantu kazar..bekas isteri naim anak kazar..janda anak dua..tapi sekarang ni dah kawen dengan laki orang jadi isteri no 2 senyap²..
Quote jambatannetizen 25-8-2023 11:58 AM
seripahzeripah replied at 25-8-2023 11:56 AM
Menantu kazar..bekas isteri naim anak kazar..janda anak dua..tapi sekarang ni dah kawen dengan lak ...

Skang jadi isteri sape? Dia ini mcm budak2 kelas belakang je.
Quote doubleA 25-8-2023 12:00 PM
Apa story wiwi tu? Iols skodeng ig wiwi dry tu tadi bercerai dgn anak jantan kaza, now bini bernombor dan agen insuran. Ko nak bekap kaza takat tu jela toksah cuit si sarah tu
Quote Fazzbulous 25-8-2023 12:01 PM
likilu replied at 25-8-2023 11:51 AM
Apa benda ko kemarahan membuak tahabis lagi ke ps oiii

patotnya ko tanya si wiwi ni..apa lagi yang tak settle?org tu dah aman2 dah pun...huhuhuhu..
Quote cik_ingeniare 25-8-2023 12:02 PM
si wiwit ni kemain ye.. dari dulu lagi mencapub/jadi jurucakap bagi pihak sana.. sudah sudahlah tu.. depa berdua dah settle cara baik kot..
Quote asimilasi 25-8-2023 12:04 PM
tak habis lagi ke? kan PS dah bagi SY kat si ira tu... nak apa lagii...
Quote ayukpingu 25-8-2023 12:07 PM
katanya share dgn close friend aje dlm ig. tapi crita ni boleh sampai ke ps. nampak sangat la dikalangan close friend kau tu mmg jaki dan dengki kat kau. kahkahkah..padan muka.

saman aje la dia ni ps, tak abis2 nak menyalak pasal rumah tangga org kan? rmh tangga sendiri pun kucar kacir

Lihat semua komen(423)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.116944 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top