Selepas tular video memaparkan objek terbang tidak dikenali (UFO) yang dilihat berlegar-legar di ruang udara Brazil baru-baru ini, pihak Polis Brazil kini melancarkan siasatan mengenai kejadian menggemparkan penduduk itu. Beberapa insiden berkaitan UFO dilaporkan, antaranya dakwaan penampakan di atas bangunan parlimen atau Kongres Nasional di ibu negara Brazil, Brasília. Selain itu, kejadian sama didakwa turut berlaku di Esplanada dos Ministérios. Memetik laporan Daily, pada mulanya ia disangka sebagai dron, namun Polis Persekutuan menafikan spekulasi itu. Pihak berkuasa mengesahkan mereka tidak menerbangkan sebarang dron di kawasan itu pada mana-mana malam antara 13 dan 16 Ogos - ketika objek berkenaan dikesan. Mereka kini melancarkan siasatan rasmi ke atas rakaman kontroversi itu dan mendakwa telah menghantar imej tersebut untuk dinilai oleh pakar penganalisis. - CARI
|
ADVERTISEMENT