CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jihan Muse Sanggup Duduk Rumah, Tolak Banyak Job Demi Nak Susukan Badan Anak Sampai Dua Tahun

23-8-2023 07:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11973| Komen: 46

Jihan Muse lebih selektif pilih job bagi memberi tumpuan penuh terhadap anak keduanya yang bakal mencecah usia setahun bulan depan.

Dia tekad memberikan susu ibu kepada si kecil secara eksklusif hingga genap dua tahun membuatkannya tidak ralat melepaskan undangan lakonan.


Foto: IG

“Kami tiada pembantu, urusan rumah serta menjaga anak-anak dilakukan bersama suami tetapi kebelakangan ini Ungku Haris terbabit dalam penggambaran yang memerlukan saya fokuskan dulu kepada rumah tangga.

“Pada masa sama saya juga ingin berikan putera kedua kami susu ibu sepenuhnya sampai umur dua tahun kerana dulu lepas pantang saya terus keluar bekerja.

“Saya tak ralat ketepikan lakonan buat sementara waktu, tambahan pula saya tak pernah tinggal anak kecil kami lama sebab mahu kejar waktu menyusukannya,” katanya kepada Kosmo.


Bagaimanapun bekas pengacara Gegar Vaganza itu sedia terbabit dalam program televisyen yang tidak memerlukan masa panjang seperti rancangan realiti baharu The Chosen One terbitan Astro.

Belum disiarkan, pertandingan berkonsepkan nyanyian membabitkan peserta kanak-kanak itu menyaksikannya duduk di kerusi juri yang turut membabitkan Hazama, Afieq Shazwan dan beberapa penyanyi lain sebagai mentor.


“Apabila ditawarkan tanggungjawab sebagai juri The Chosen One, saya tak mampu menolak melihatkan keunikan program ini membabitkan bakat muda, selain tugasannya hanya sehari dalam seminggu.

“Tawaran mengacara program buat masa ini belum ada, apabila dipertanggungjawabkan sebagai juri itu pun satu amanah besar, apatah lagi membabitkan peserta muda,” luahnya.


Terdahulu, perkahwinan pelakon Keluarga Bahadon itu dengan Ungku Haris yang juga aktor pada 2016 dikurniakan Ungku Altamis Barr, 11 bulan, serta Ungku Arsalan Haq yang kini berusia lima tahun. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 23-8-2023 07:34 PM
Serius la exclusive susu ibu sampai 2y? Setau aii exclusive bm sampai 6m jaa .lepas tu kena start bg baby makan dah. Xkn ank jihan sampai skg xmakan moi lg? 1y patut dah makan mcm2 masih hanya susu ibu ka?
Quote September14 23-8-2023 07:36 PM
Dh x dpt offer jd host gv ke?
Quote Nizleen86 23-8-2023 07:37 PM
orkid_amani: Serius la exclusive susu ibu s ...


Susu ibu sebaiknya sampai 2 tahun sis. Baby mmg start makan dr umur 6 bulan tapi still menyusu jugak. Mana baby boleh stop menyusu. Sekurangnya sampai 2 tahun je breastfeed sbb lepastu dah takde nutrien dalam susu ibu tu. Lepastu sambung la susu formula or fresh milk.
Quote orkid_amani 23-8-2023 07:49 PM
Nizleen86 replied at 23-8-2023 07:37 PM
Susu ibu sebaiknya sampai 2 tahun sis. Baby mmg start makan dr umur 6 bulan tapi still menyusu jug ...

Yaa aii tau sampai 2y tapi exclusive susu ibu 6m jaa maksudnya tak bg baby makan & minum selain susu ibu.
Quote kitmal 23-8-2023 07:52 PM
mmm ok lah.... tu
Quote mrseller 23-8-2023 08:18 PM
Syembang x jatuh, cakap jer la job utama kena caras
Kikikiki
Quote MeowPARSI 23-8-2023 08:27 PM
mrseller replied at 23-8-2023 08:18 PM
Syembang x jatuh, cakap jer la job utama kena caras
Kikikiki

Aku pun terasa gitu,, klu dpt job besar.. Mn mungkin tolak,, sure ckp rezeki anak anak,,, sure akan cari Jalan camna nak uruskan anak utk kelansungan hidup,, apa pun moga ko bahagia ye jihan,, sentiasa sangka baik dgn Allah
Quote katakauu 23-8-2023 08:54 PM
boleh perah hawau
pastu msk botol
tulis tarikh jam berapa
msk peti ais
suh bibik kau panaskan je

ini cara kalau kau ada job
tapi tulah kau nk coverina juga

suka ku lah

susu ank kau seamanya pun xpe
xde kepentingan
Quote edoraixora 23-8-2023 09:00 PM
Ayat cover sbb xde job kannnn
Anak pertama tu pun buat perkara yg sama kah
Quote hanihan16 23-8-2023 09:10 PM
tt kena rephrase kot tajuk. ayat 'susukan badan anak' tu mcm funny pulak dengonya i pun direct feed anak sampai la ni dah 2 tahun lebih, pastu nak wean off susah gila anak tak redi nak let go
Quote codenamedream 23-8-2023 09:22 PM
orkid_amani replied at 23-8-2023 07:49 PM
Yaa aii tau sampai 2y tapi exclusive susu ibu 6m jaa maksudnya tak bg baby makan & minum selain su ...

Jihan tak paham term exclusive breast feeding tu apa.
Quote missHaidiD 23-8-2023 09:23 PM
Layak ke dia jadi juri

Apa kriteria pemilihan juri
Quote I.K.A888990 23-8-2023 10:02 PM
sembang kencang la ko
sama mcm si kelubung zombie tu
Quote allshares 23-8-2023 10:20 PM
Penting ke cerita psl susu *etek ko?
Quote tulip-rain 23-8-2023 10:33 PM
edoraixora replied at 23-8-2023 09:00 PM
Ayat cover sbb xde job kannnn
Anak pertama tu pun buat perkara yg sama kah

Setuju. Tapi sbb nak cover kenalah ckp mcm ni.
Quote cmf_premierleag 23-8-2023 10:36 PM
Eloklah ko bersara je terus
Sbb akak mmg menyampah tgk si jehan ni kt tv..menyemak je..dah la x lawa, trying hard nk jd kelakar
Quote PuanAbby 23-8-2023 10:47 PM
orkid_amani replied at 23-8-2023 07:49 PM
Yaa aii tau sampai 2y tapi exclusive susu ibu 6m jaa maksudnya tak bg baby makan & minum selain su ...

Nak bagi nampak educated power mom. Org putih ye la menyusu badan ja tak bagi makan sampai 2 tahun, kalau bodoh, bodoh sangat 3bulan pun dah bg makan. Tak menyabar
Quote margo20 23-8-2023 10:55 PM
Eley takut la tu org ckp dia yg bagi nafkah
Quote kiwibenz 23-8-2023 11:02 PM
Kebelakangan ni je ke shuben dapat tawaran tu? Boleh tahan biawak ya

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.055946 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top