CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jemaah Lelaki Meninggal Sewaktu Solat Di Masjid, "Terkilan Orang Di Kiri Dan Kanan Macam Buat Tak Tahu"

23-8-2023 06:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5071| Komen: 45

Seorang jemaah lelaki disahkan meninggal ketika menunaikan solat Asar di sebuah masjid dekat Temerloh, Pahang pada Selasa.

Dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul lima petang itu, arwah kelihatan sedang berada dalam posisi duduk takhiyat akhir dan seakan terkaku sebaik cuba untuk bangun dan bergerak.


Dibantu beberapa jemaah lain di situ, individu terbabit kemudiannya rebah dan difahamkan meninggal di lokasi kejadian.



Dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV), video berdurasi tiga minit empat saat itu mula tular di laman Tik Tok sejak Rabu.

Rata-rata warganet di laman media mengucapkan takziah atas pemergian insan tersebut namun, segelintir daripadanya meluahkan rasa kesal atas sikap beberapa jemaah yang dikatakan lewat memberi pertolongan ketika kejadian.

Berpendapat arwah mampu diselamatkan sekiranya bantuan lebih awal dihulurkan, beberapa jemaah kelihatan terus mengabaikan situasi tersebut meskipun dikelilingi ramai individu lain di masjid berkenaan.



"Takziah buat Allahyarham, tapi agak terkilan dengan orang di kiri dan kanan macam buat tak tahu, berair mata tengok situasi arwah terkulai berseorangan," kata Adaniyyamaya.

"Kenapa selepas selesai solat jemaah di sebelah tak datang tengok, mungkin boleh beri bantuan awal dan diselamatkan, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman," ujar Pahlawan.

"Kematian dicemburui, kesal sikap segelintir masyarakat yang kurang peka dan tak tahu nak buat apa dalam situasi tersebut," jelas Khadijah.

"Kalau dalam situasi seperti ini, jemaah boleh tinggalkan solat dan bantu pesakit yang nazak, semoga arwah tenang di sana," tambah ZainalRahim.

Dalam pada itu, seorang individu dikenali sebagai Mat Apit 07 di ruangan komen, menjelaskan arwah merupakan abang sepupunya dan memohon orang ramai sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.

"Al-Fatihah untuk abang sepupu saya, Rahman Raffei namanya," ujarnya.

Justeru, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan hal terbabit dengan Allahyarham juga difahamkan sudah selamat dikebumikan. -CARI

Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Myhappyending 23-8-2023 06:58 PM
X tahu nk ckp apa dgn manusia tepi tu mgkn serba salah mk benti solat ke camne
Quote pearl.silver 23-8-2023 07:06 PM
Mcm mana perasaan pakcik pki jubah tu? Dia boleh blah gitu je lepas pakcik bj merah tu ckp psl pakcik yg sakit tu. Tau2 jemaah sebelah dia solat asar tu tgh nazak masa tu.

Tp klu korang kt tempat diorg, apa bantuan awal nk bg pd org heart attack?
Quote Belibis 23-8-2023 07:24 PM
Netijen punnn..acah serba reti..kalo ko kat situ pun belum tentu tau apa yang perlu buat.
Quote brego 23-8-2023 07:46 PM
untong la meninggal time di masjid
Quote rykall 23-8-2023 07:55 PM
Netizen ni kalau tak tahu apa2 mengenai situasi tu lebih baik diam dari menaip perkataan yang menyakitkan hati dan menjatuhkan fitnah. Semoga neraka jahanam kepada netizen mcm tu dan syurga atas jemaah yang meninggal ketika solat berjemaah tersebut.
Quote blue_blur 23-8-2023 07:56 PM
memang kalau dua orang tua tu nazak, buat bodo je la...
sebab ni dah habis solat, lepas bagi salam, boleh je terus tanya apa masalah. masih sempat... bukan masa solat tu orang persoalkan..

si baju merah tak boleh fikir... si jubah putih, lantak kau la labu... dua spesis ni tak payah la tergesa2 nak p tolong kalau tengah nazak...
Quote TOPwind 23-8-2023 08:01 PM
Myhappyending replied at 23-8-2023 06:58 PM
X tahu nk ckp apa dgn manusia tepi tu mgkn serba salah mk benti solat ke camne

bila tolong terus hidup kena marah dgn warislah pulak
sbb terlepas masuk surga or Mati sahyd.

Quote Skuau 23-8-2023 09:07 PM
jangan buat spkulasi dlu...tunggu dulu info rasminya...
Quote noor2 23-8-2023 09:11 PM
X sanggup aku tgk....itula pentingnya ilmu...org2 situ mmg jenis x peduli ke tgk org tu lain mcm...peliknya
Quote Nana_Man 23-8-2023 09:36 PM
Tak kisah kalau org sebelah2 tak tau cpr. Tapi takde ke rasa concern??
Quote hareeeesah 23-8-2023 09:46 PM
Yg sebelah dia tertindih tu… dh habis solat pn xde nk tanya terus grk gitu je. Aneh eh.
Quote Ayda89 23-8-2023 10:12 PM
Tu la… kecewa tengok orang sebelah menyebelah tu… lagi kecewa yg bangun terus berjalan pergi tu
Quote Nham22 23-8-2023 10:17 PM
Adoii pakcik2x tu semue mcm blur... Blue x tau nk react camane....pakcik2x mcm xde kesedaran camtu...
Quote stingerpressor 23-8-2023 10:18 PM
Nana_Man replied at 23-8-2023 09:36 PM
Tak kisah kalau org sebelah2 tak tau cpr. Tapi takde ke rasa concern??

Ada org solat tutup mata utk dapat khusyuk....macam mana nak tahu apa yg berlaku disebelah?

Bersangka baik
Quote liyamariska 23-8-2023 11:46 PM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Quote Carcosa 23-8-2023 11:52 PM
Satu baris ayat je aku nak ckp


Monkey see, monkey do.
Quote mawarika 24-8-2023 12:05 AM
pearl.silver replied at 23-8-2023 07:06 PM
Mcm mana perasaan pakcik pki jubah tu? Dia boleh blah gitu je lepas pakcik bj merah tu ckp psl pakci ...

Buat cpr. Ada masa dlm 4 minit je utk bagi bantuan. Ni aku blaja dgn doctor azizul Class online b4 Covid. Tp aku dah lupa nama dia azizul kot.. bapak dia meninggal heart attack kat masjid Bangsar.. so dari tu dia nekad nak ajar org buat pertolongan cemas..
Quote grouper 24-8-2023 12:10 AM
Maybe org2 tu terlalu khusuk dalam solat..
Org tua majoritinya x tau first aid kecuali yg ada ilmu la..klau kat court badminton ada yg dah standby mesin aed untuk yg pengsan time men badminton..agak2 kat masjid kena ada benda ni x sebab dah ada kes mmg membantu mesin aed ni
Quote Nana_Man 24-8-2023 05:31 AM
stingerpressor replied at 23-8-2023 10:18 PM
Ada org solat tutup mata utk dapat khusyuk....macam mana nak tahu apa yg berlaku disebelah?

Bersa ...

Baik jgk kau ni kan….

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.084874 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top