CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sejak Gaduh Hanya Guna Perantaraan Peguam, Farid Kamil Teringin Sangat Bercakap Secara Langsung Dengan Diana Danielle

23-8-2023 04:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2742| Komen: 5

Farid Kamil Zahari, 42, berharap suatu hari nanti dia dapat berkomunikasi secara langsung semula dengan bekas isterinya, Diana Danielle, 32.

Farid berkata, sejak tercetusnya kemelut rumah tangga mereka dan selepas perceraian itu, dia belum lagi dapat berkomunikasi secara langsung dengan Diana, melainkan menerusi perantaraan peguam.


Foto: IG

"Saya kini berharap satu hari nanti hubungan antara kami boleh menjadi baik dan normal semula apabila dapat berkomunikasi secara langsung demi kesejahteraan, kegembiraan dan tumbesaran anak-anak.

"Selepas apa yang berlaku, saya juga amat bersyukur dikurniakan Allah dengan taufik dan hidayah. Alhamdulillah, saya pun baru selesai pergi bersuluk (mendekatkan diri pada Allah) dan inilah jalan yang saya cari," katanya kepada Harian Metro.

Kelmarin, Farid dan peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan hadir untuk prosiding terakhir tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh anak iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.


Turut hadir, Diana bersama peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mencapai kata sepakat hak penjagaan anak itu diserahkan kepada Diana dan Farid mendapat hak lawatan mengikut apa yang sudah dipersetujui kedua belah pihak.

"Mengenai anak-anak, saya harap mereka selamat dan bahagia. Saya serahkan hak penjagaan penuh (anak) kepada Diana melalui perjanjian yang sudah dicapai secara global (menyeluruh)," katanya.

Mengulas keadaan dirinya yang sudah dua minggu bercerai, Farid menyifatkan situasi perpisahan dihadapi itu adalah suratan takdir yang sudah tertulis serta dia reda dengan apa yang berlaku dan jiwanya juga semakin tenang.

"Apa yang ditakdirkan untuk saya lalui sekarang ini, semua sudah tertulis. Sebagai hamba, saya kena reda menjalani kehidupan ini seperti biasa walaupun ia pengalaman baharu kembali hidup bujang macam dulu.

"Mula-mula bujang, kemudian berkahwin dan sekarang bujang kembali, inilah proses kehidupan. Jadi, masa depan sebenarnya sudah tertulis dan saya hanya mahu mensyukuri segala nikmat diberikan Allah," katanya.

Farid berkata, dia mahu terus cekal menjalani kehidupan hariannya yang kembali 'bujang' sejak 10 Ogos lalu demi melihat kegembiraan serta kebahagiaan dua cahaya matanya agar membesar dengan baik.

Terdahulu, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Namun, mereka sah bercerai talak satu yang dilafazkan Farid secara 'Google Meet' pada awal Ogos di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Sebelum itu, Diana memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, di mahkamah sama pada 10 Mac lalu dengan alasan tiada persefahaman dan sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dewi_rina 23-8-2023 04:52 PM
nak tengok hidung dgn lebih dekat ke
Quote wikedsaikel 23-8-2023 05:35 PM
dewi_rina replied at 23-8-2023 04:52 PM
nak tengok hidung dgn lebih dekat ke

Kannnn.

Quote lyshafull 23-8-2023 06:20 PM
Xpe la parid
Jalan and move on

Diana pun sama dia dh move on awal
Tapi statement dia nmpk matang tu je la
Quote Perawankota 24-8-2023 01:14 AM
Perempuan klu dia dah betul2 menyampah, sore ko bersin pon dia tak nak dgr..

Move on jer lah…
Quote marchikobonzo 24-8-2023 09:54 AM
Move on je la

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.045672 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top