CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azah Aziz 'Throwback' Permulaan Dalam Dunia Seni Menerusi Dewi Remaja

23-8-2023 12:55 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2235| Komen: 4

Walau pun kini tidak lagi aktif dalam bidang seni selepas berhijrah ke luar negara. Nama Azah Aziz tetap menjadi perhatian di Malaysia dek auranya sebagai seorang pelakon yang masih kuat sehingga kini.


Kembali pulang ke tanah air secara tetap setelah 20 tahun merantau ke Kanada, ramai peminat yang menantikan kemunculannya di kaca televisyen. Tidak kurang yang memintanya untuk kembali aktif.


Baru-baru ini dalam satu perkongsian di laman Instagram miliknya. Ibu kepada tiga cahaya mata ini berkongsi kenangan ketika dia mula-mula berjinak sebagai seorang model dan juga pelakon.

Memuat naik dua gambar muka hadapan Majalah Remaja, Azah berkongsi, “Ada peminat hantar gambar ni kepada saya. Ok kita throwback dan simpan di sini buat kenangan.”

Berbicara lebih lanjut mengenai kenangan melakukan penggambaran muka hadapan majalah tersebut, Azah berkongsi yang bermula dari situlah rezekinya sebagai anak seni semakin bertambah.


“Di sinilah bermulanya karier saya sebagai model. Selepas first cover terus dapat banyak offer sebagai model komersial. Jadi ada sesiapa kenal mana-mana agensi di Kuala lumpur? Saya nak cuba kembali menjadi model komersial, jadi emak-emak pula kan,” kongsinya lagi.


Gambar dua majalah yang dikeluarkan pada tahun 1988 dan 1990 itu mendapat lebih tiga ribu tanda suka dan pelbagai reaksi serta komen daripada peminat.

Ketika muncul sebagai wajah hadapan Majalah Remaja pada 1988 wanita berkulit hitam manis ini baru berusia 16 tahun. Manakala ketika kali kedua menjadi wajah hadapan Majalah Remaja pada tahun 1990 pula sempena dirinya sebagai salah seorang finalis Pencarian Dewi Remaja 1990/91.


Sumber: Media Hiburan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makcun14 23-8-2023 03:18 PM
kemain eye shadow teknik dia.
Quote missyL 23-8-2023 08:43 PM
88 tu lawa
90 tu abes satu bekas eyeshadow tu hahaha
Natural pn lawa dahh die
Quote azlinazakarya 23-8-2023 09:26 PM
Kekadang mcm saje nak highlights diri sendiri... lebih2 lagi sejak kembali ke tanahair ni... ????????
Quote LadyCarefree 24-8-2023 12:30 AM
Fan hantar. Ok. LOL

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.038942 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top