CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zahnita Wilson Derita 'Slipped Disc', Rasa Macam Ada Pisau Menikam Belakang Dan Kaki

22-8-2023 05:30 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3884| Komen: 5

Pelakon, Zahnita Hussein, 38, berkongsi mengenai proses penyembuhan selepas mengharungi kesakitan akibat slipped disc (cakera tergelincir) yang dialaminya.

Dalam hantaran yang dimuat naik hari ini, pelakon yang popular menerusi filem Gila Gila Pengantin Remaja itu berkongsi mengenai proses penyembuhannya.



"Tidak lama dahulu, saya 'burn out' (lesu upaya) dan cedera teruk di bahagian belakang. Kecederaan di cakera L5/S1 (tulang belakang).

"Akibat kesakitan itu, saya tak mampu berjalan atau berdiri lebih daripada beberapa minit. Kesakitan yang saya maksudkan adalah sakit yang teramat sangat.

"Ketika menjalani fisioterapi, perlukan empat orang dewasa untuk bantu saya berdiri tegak. Setiap langkah, saya rasa seperti ada pisau yang menikam bahagian belakang dan kaki saya. Saya hampir lumpuh," tulisnya.

Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson menambah, dia bersyukur kerana tidak perlu menjalani sebarang pembedahan.



"Alhamdulillah, jangan risau sebab saya sedang dalam proses penyembuhan sekarang. Saya berpeluang untuk sembuh tanpa pembedahan.

"Perlahan-lahan, kesakitan saya mula hilang dan saya dapat bergerak semula walaupun kaki kiri saya masih lagi rasa kebas dan pergelangan kaki saya masih tak kuat," tulisnya.

Hari ini menjadi hari pertama buatnya untuk cuba berlari selama sekurang-kurangnya seminit di treadmill dan video itu turut dimuat naik di Instagramnya.

"Untuk itu, saya cuba menggunakan treadmill untuk lihat, sama ada boleh berlari sekurang-kurangnya seminit buat pertama kali selepas kecederaan yang saya alami.

"Saya rakamkan perkembangan dan proses penyembuhan ini bermula sekarang. Saya rasa, saya perlu muat naik mengenai ini untuk pastikan saya kekal komited, bagi mendapatkan semula kekuatan dan berharap agar ada yang dapat kongsikan pengalaman serta nasihat," tulisnya.

Zahnita turut menyelitkan video ketika dia berada dalam kesakitan dan dibantu beberapa individu untuk bangun ketika menjalani proses rawatan.

Dalam ruangan komen, rata-rata, ramai pengikutnya memberikan kata-kata semangat kepada Zahnita agar dapat menjalani proses penyembuhan dengan bersemangat.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 22-8-2023 05:37 PM
Aku yg kiropraktor kata terseliuh shj kat tulang belakang tuu pun rasa haruuuuu.. hari tuu otot belakang aku terkoyak mmg tak dpt jln 2 hari
Quote prince_marhaen 22-8-2023 05:50 PM
Belum 40 sheols dah nampak aging sangat ye...hilang dah comel muka mahal dulu2..dengan slang pelat2 tu.. banyak ngurus anak ye..  plus kawin ngan dkk kari kan...dah macam aci dah sheols kat instagram... huhu..
Quote Buritan 22-8-2023 06:00 PM
prince_marhaen replied at 22-8-2023 05:50 PM
Belum 40 sheols dah nampak aging sangat ye...hilang dah comel muka mahal dulu2..dengan slang pelat2  ...

Dr mat saleh terus jd aci... Hahaha
Quote bedahmenjuyah 22-8-2023 06:10 PM
Sesungguhnya muka melayu jugak yg lawa age greacefully mcm kaka faz, kak mala. Btw moga segera sembuh zahnita.
Quote lanacondor 22-8-2023 09:36 PM
Semoga kuat dan di beri kesembuhan Zahnita..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.228427 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top