CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tuah Alam, Nama Anak Remy Ishak, Nak Ada Unsur Melayu

19-8-2023 11:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4807| Komen: 39

Selepas tiga minggu menimang cahaya mata, pelakon Remy Ishak akhirnya mengumumkan nama putera sulungnya itu.

Remy atau Mohamaad Zalimei Ishak, 41, bersama isterinya iaitu Ezza Yusof sepakat memilih nama Tuah Alam buat anak pertama mereka itu.



Kata Remy, sejak bujang lagi dia mempunyai impian untuk memberikan anaknya nama yang mempunyai unsur kemelayuan.

"Masa bujang dulu saya ada terfikir kalau anak lelaki saya nak letak nama ada unsur Melayu.

"Saya pilih nama Melayu dan nak nama Melayu. Saya dah bincang dengan Ezza... dia pun setuju," katanya.

Remy mendedahkan perkara itu menerusi rancangan Oh Baby Remy pada malam Sabtu.

Dalam pada itu, Remy memberitahu dia dan isteri juga mempunyai beberapa pilihan nama lain sebelum memilih Tuah Alam.

Dia juga menjelaskan pemilihan nama Tuah tiada kena mengena dengan erti kepahlawanan seperti pendapat segelintir pihak.



"Selain Tuah Alam, kita ada letak Tuah Arjuna, Tuah Alexander. Kenapa Alexander? Sebab hari itu saya ada baca buku Alexander.

"Tapi akhir sekali kami pilih Tuah Alam. Nak ada nama campur juga pada awalnya tapi tak boleh sebab bukan jiwa.

"Tuah mungkin orang ingat sebab nama pahlawan tapi ia bukan hanya kerana itu... ini pendapat individu.

"Ada orang mahu letak nama Arab... jadi daripada pakai nama Arab baik saya terus pakai Melayu sahaja.

"Maksud Tuah adalah Tuah, jadi daripada pakai nama Arab baik terus pilih Melayu," ujarnya.

Pada 27 Julai lalu, Ezza Yusof selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka kira-kira pukul 11.17 pagi Khamis di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 20-8-2023 12:05 AM
Oklah. Panggil je Tuah. Atau Alam. Jangan tetiber panggil Alan atau lagi haghu panggil brother.
Quote dua_chzy 20-8-2023 12:35 AM
Cantik nama.

Quote doubleA 20-8-2023 12:44 AM
Edited by doubleA at 20-8-2023 12:45 AM

Sedap, banyak je retis suka buh nama melayu kan, cahaya malaika, tuah alam, budi kalsom, senja aqilah (aqilah bahasa arab), bayu aria

Memang melayu banyak pakai maksud nama arab, macam nur/noor/nor ialah cahaya. Yindo pakai bahasa indo je contoh rezki langit ramadhan
Quote TerataiMelur02 20-8-2023 01:10 AM
doubleA replied at 20-8-2023 12:44 AM
Sedap, banyak je retis suka buh nama melayu kan, cahaya malaika, tuah alam, budi kalsom, senja aqila ...

Rezki langit ramadhan ataupun FRISKA
Quote nolya 20-8-2023 02:00 AM
Sebuah nama yg sangat unik, tak ade duanya di M'sia.  Sebut saja Tuah Alam tak ade anak orang lain dah.  Tahniah Remy, semoga Tuah akan sentiasa bertuah.
Quote gerbera.memopad 20-8-2023 02:10 AM
Lawa nama. Janji maksud elok, tak kisah bahasa apa pun. Congrats Remy & Ezza.

p.s Teringat pulak kat Zainal Alam Kadir. Ke mana agaknya ya?
Quote Sesuatu… 20-8-2023 12:14 PM
Heloks nama tu. Terinspirasi dengornye
Quote namieamuro 20-8-2023 12:18 PM
sedap name. bertuah si tuah. pak remy sehak tu

ok la kan dr wajah melayu tp name rachel. eh
Quote becir 20-8-2023 12:26 PM
gerbera.memopad replied at 20-8-2023 02:10 AM
Lawa nama. Janji maksud elok, tak kisah bahasa apa pun. Congrats Remy & Ezza.

p.s Teringat pulak k ...

Dulu dia columnist utk Nst kan, suka baca nak2 dia mengomen persembahan retis. Penah jadi mangas kak ani henjut
Quote red_velvet 20-8-2023 06:23 PM
Semoga bang wemy murah rezeki di bidang lakonan  ni n dapat masukkan anak kt international school.. klo masuk sekolah gomen kesian anak tu kena ejek pulak .. Tuah Alam jadi Putar Alam...
Quote tikusmontok 20-8-2023 07:33 PM
Baru tau nana dia zalimei
Quote xAthenax 20-8-2023 08:11 PM
Sedap nama anaknya
nama classic
Quote bedahmenjuyah 20-8-2023 08:26 PM
Tahniah bamwemy
Quote adeqbun 20-8-2023 09:03 PM
red_velvet replied at 20-8-2023 06:23 PM
Semoga bang wemy murah rezeki di bidang lakonan  ni n dapat masukkan anak kt international school..  ...

Xpon kene gelakkan Tuah ayam
Quote irsa 20-8-2023 09:22 PM
Semoga bertuah selalu Tuah Alam
Quote schabella 20-8-2023 09:25 PM
Wow nama anak dia best di sebut. Semoga sentiasa di dlm rahmat & lindungan Allah swt.
Quote hashashes 20-8-2023 09:26 PM
Dulu dia couple dengan budi citawan kan?
Quote Lampuled 20-8-2023 09:32 PM
Luck of nature gitu..
Tahniah.
Quote farhani87 21-8-2023 12:41 AM
Sedap jugak nama tu. Pandai mak pak dia pilih. Tp tu lah kalau kat sekolah rendah nnt takut juga kawan2 mengejek. Anak iols nama fateh pun, kawan dia ejek teh o ais lah. Sate lah. Sampai dia terfikir nak tukar nama. Padahal laki iols dpt inspirasi nak letak nama tu sbb masa iols nak beranak, laki iols outstation ke turki. Tu yg letak nama fateh

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.040749 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top