CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shaheizy Sam Nak Anjur Program Untuk Individu Nak Kurus

18-8-2023 08:50 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1422| Komen: 7

Berjaya menurunkan berat badan selepas naik secara drastik ketika pandemik Covid-19, pelakon terkenal, Shaheizy Sam menjadi inspirasi ramai lelaki yang mengidamkan bentuk tubuh kekar sepertinya.

Justeru itu, bintang Polis Evo 3 itu kerap diajukan soalan mengenai cara-cara untuk menurunkan berat badan sehingga tergerak hati untuk memberi motivasi kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga kesihatan.


“Ramai sebenarnya mahu kurus, cuma mereka tidak mendapat bimbingan atau tidak tahu cara yang betul.

Sejak saya berlakon dalam filem Polis Evo yang pertama pada 2015 lagi, asyik individu sama sahaja yang tanya bagaimana saya kuruskan badan.

“Filem kedua (Polis Evo 2 pada 2018) tanya lagi sehingga Polis Evo 3. Saya terfikir mereka tidak kurus-kurus lagi ke?” ujarnya.

Atas dasar ingin membantu, Sam atau nama lengkapnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 41, berhasrat menganjurkan sebuah program dengan kelompok individu yang mahu kurus untuk sama-sama mencapai impian mereka.


Saya sedar mereka ini bukan tidak mahu kurus, cuma tidak tahu macam mana nak buat. Jadi saya gunakan kesempatan ini untuk anjurkan sebuah program.

“Saya mahu kumpulkan orang yang nak kurus tapi tidak tahu cara betul kuruskan badan. Saya akan ajar mereka apa yang saya lakukan setiap hari untuk dapatkan bentuk badan idaman

“Saya memang kena bantu individu yang ada masalah berat badan. Ini kerana Malaysia merupakan negara tertinggi penduduknya mengalami obesiti di Asia Tenggara,” jelasnya yang akan mengadakan acara tersebut secara ‘on ground’ dalam masa terdekat.


Sumber: HibGlam

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 18-8-2023 09:06 PM
ale uto.
Sng kan jd retis.
Kurus sikit terus jual mende.
Putih sikit jual mende.
Sedangkan kome pun x pakar.
SRP pun x amik.
Dan2 terus nk jadi sifu.
Tp yang paling bodo, yg join bg duit dkt retis2 ni.

Yes aku bitter.
Mase covid hr tu pun ade ke retis2 ni yng bertungkus lumus selamatkan nyawa kome.
Quote Zeatyisaac 19-8-2023 07:08 PM
Rasanya ada sorang pelakon suarakan hari tu, dia tak boleh ikut diet Sam, terlalu extreme. Shahnaz kot, atau siapa, lupa lak.
Quote crinklecut 19-8-2023 08:01 PM
alaaa..tak lama mana nya si sam nih boleh kurus..lagi 5/6 bulan..boroi laaa balik macam sebelum2 nih org yang diet tlalu extreme takkan boleh maintain kekurusannya….
Quote sleepandream 19-8-2023 08:42 PM
lain orang lain cara yg efektif...
kalau yg turun cpt tu biasanya turun berat air je... sampai satu tahap puasa la mcmmana pun dah tak turun2 dah... kene bakar lemak pulak...
Quote Rogue98 19-8-2023 08:47 PM
' Bantu' orang ....
Quote de_ikea 19-8-2023 09:25 PM
Tp iols mmg kagumlah. Hr tu macam afdlin shauki. Lepas tu terus berketak2. Effort n disiplin heols tu, iols kagum.  
Quote kotakominami 19-8-2023 10:40 PM
Aku kalau org sebut nak bantu ni rase skeptikal sikit....harapnye dia memang iklas nk tolong bukan suruh jadi stokis brg dia.....dulu pon dia ade jual produk kurus gak tp tk lepas masuk singpore sebab ade racun berjadual kan?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.032647 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top