CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mimi Lana Healing Di London, Kongsi Foto Jalan-Jalan Sehari Sebelum Tarikh Sepatutnya Nikah

18-8-2023 11:50 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 11064| Komen: 48|Original author: Saiful

Kecoh dengan khabar angin Mimi Lana membawa diri sehari selepas membatalkan pernikahan dengan Syafiq Kyle ternyata benar selepas dia sendiri memuat naik beberapa foto berada di luar negara pada malam Rabu.


Mimi dilihat berkongsi beberapa foto dia sedang bersiar-siar di taman selain membeli belah di sebuah pasar raya.

Foto: IG

Mimi dipercayai berada di London berdasarkan tanda harga Pound Sterling yang terpapar pada rak barangan di pasar raya itu.

Aktres itu juga turut dilihat bertemu dengan beberapa kenalan termasuk Azira Shafinaz.



Mimi hanya meletakkan kapsyen 'breathing' atau bernafas yang menggambarkan dia sedang mencari ketenangan selepas kekecohan dia dan Syafiq tidak jadi berkahwin.

Di ruangan komen ramai mendoakan agar Mimi terus kuat dalam mengharungi cabaran selain memintanya menjaga diri di luar negara.

Sebelum ini, Mimi mengambil cuti selama seminggu daripada penggambaran sebuah drama.



Dia dikatakan menaiki penerbangan sehari selepas mengumumkan pembatalan nikah dengan Syafiq.

Tidak dapat dipastikan tujuan Mimi ke sana, namun sumber mengesahkan ia tiada kaitan dengan penglibatan dalam drama terbaharu lakonannya.



Bagaimanapun cerita tersebut dinafikan oleh pihak pengurusan Mimi yang memberitahu aktres itu tidak ke luar negara.

Mimi dan Syafiq sepatutnya bernikah pada hari ini (18 Ogos) dalam sebuah majlis yang dirancang berlangsung di Janda Baik, Pahang.

Kisah pasangan ini mula menjadi perhatian selepas tetamu majlis mereka mendapat kiriman emel tentang pembatalan tersebut secara tiba-tiba pada 11 Ogos lalu. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 18-8-2023 11:54 AM
Edited by sharlenetexas at 18-8-2023 11:57 AM

Adakah mereka sebagai kaberina?
Siri apa dulu kat tv3, cheta ada berlakon. Pasal ladies bff yg saling cover meng cover.
Baru google siri Annissa https://www.budiey.com/sinopsis- ... nan-rozita-che-wan/

Quote sharlenetexas 18-8-2023 11:55 AM
Atau pun masuk plot novel alaf21? Kalo tak pun slot akasia.

Quote IvyGorgon 18-8-2023 12:10 PM
1 lah i hv to admit, ML ni lawanya alahaiiiii
Quote kotakominami 18-8-2023 12:11 PM
Maknenye bukan batal sebab keje
Quote heythere123 18-8-2023 12:16 PM
kotakominami replied at 18-8-2023 12:11 PM
Maknenye bukan batal sebab keje

kan? patutnya haritu sheols takyah mention pon batal sebab kerja. tak pasal kantoi menipu
Quote mamajawie 18-8-2023 12:28 PM
sudahhhhhlahhhh deme berdua ni bukan hesmes lawwaaa pun
Quote September14 18-8-2023 12:32 PM
Frust2 pun healing kat london… okla tu acik2 xyh nak tumpang sedih sgtlah..
Quote abadi84 18-8-2023 01:04 PM
Ohh patutlah batal nikah
Jauh keje kat London.
Quote Purplehaz 18-8-2023 01:23 PM
Kesiannya..Yg bride to be dh siap buat bachelorette party..skg mesti malu dn sedih sgt.
Biasanya kalau nk nikah last minit x jadi ni..dari awal slh sorang tu sbnrnya xde niat betul ready nk kawin.
Quote cikperiukkera 18-8-2023 02:38 PM
September14 replied at 18-8-2023 12:32 PM
Frust2 pun healing kat london… okla tu acik2 xyh nak tumpang sedih sgtlah..

Acik2 forum mampu healing kt meja dapur jer chuolsss…sambil2 hirup kopi tongkat ali/pearl kacip fatimah .
Quote LadyCarefree 18-8-2023 02:39 PM
mamajawie replied at 18-8-2023 11:28 AM
sudahhhhhlahhhh deme berdua ni bukan hesmes lawwaaa pun

Agreed. ML tu dah serupa skeleton kiehls tu ha
Quote sukacactus 18-8-2023 04:19 PM
Ke ada jemputan event besar di London tu
Sebab tu terpaksa batal nikah
Quote Prickford 18-8-2023 04:30 PM
Kau lawa tau dik, berlakon pon pandai, udoh2 lerrr propa!
Quote bintangct 18-8-2023 04:31 PM
both of them ada sama kan.. ada ternampak org amik vid diaorg kat airport
Quote Perawankota 18-8-2023 05:15 PM
Anyway, Dek Intan nikah hari ni kan? Dah ada thread pasal nikah dia ke belum?
Quote purplelilac 18-8-2023 05:26 PM
bintangct replied at 18-8-2023 04:31 PM
both of them ada sama kan.. ada ternampak org amik vid diaorg kat airport

Kalau dorg ni propa, mmg la!!!!! Walaupun i x ikut sgt gossip ni tp terasa jgk la dibodohkan klu depa tipu.
Quote downiey 18-8-2023 06:29 PM
purplelilac replied at 18-8-2023 05:26 PM
Kalau dorg ni propa, mmg la!!!!! Walaupun i x ikut sgt gossip ni tp terasa jgk la dibodohkan klu d ...

klo betol, terrer betol scam nurtizen
Quote MilanAdelynn 18-8-2023 07:20 PM
downiey replied at 18-8-2023 06:29 PM
klo betol, terrer betol scam nurtizen

Tempek sini video mereka di airport atau di London..konon nya ke London honeymoon. Tapi ku tak jumpa gambar apa pun
Quote Lumeiy 18-8-2023 07:22 PM
Manade
FO dh reveal inviting card dorang tu haaa
Memang cancel dah
Ada gambar tapi iols tak pandai nak tepek kat sini

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.150726 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top